SELURUH BARISAN KEPIMPINAN PERSATUAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2 MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA WARGA PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2
Jumaat, 12 Julai 2013
PENGUMUMAN : KERJA-KERJA PENURAPAN JALAN BERMULA 10HB JULAI
PERSATUAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2 telah dimaklumkan oleh Unit Perumahan SUK bahawa kerja-kerja penurapan jalan akan dibuat bermula pada 10hb Julai sehingga dijangka hujung bulan Julai. Sehubungan dengan itu adalah diminta penduduk-penduduk dapat memberikan kerjasama seperti mengalihkan kenderaan ketika kerja-kerja penurapan dijalankan.
Kerjasama daripada warga penduduk rumah pangsa Senawang fasa 2 adalah amat-amat dihargai. Sebarang kemusyiklan boleh merujuk kepada pengerusi persatuan penduduk atau setiausahanya.
Kerjasama daripada warga penduduk rumah pangsa Senawang fasa 2 adalah amat-amat dihargai. Sebarang kemusyiklan boleh merujuk kepada pengerusi persatuan penduduk atau setiausahanya.
Label:
Makluman
Rabu, 5 Jun 2013
PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN CERAMAH ISRAK MIKRAJ
PADA 05hb Jun, 2013 bersamaan 26 Rejab, 1434H, dengan jalinan kerjasama daripada surau Infitah Al-Khairiah, persatuan penduduk telah turut sama menyertai majlis ceramah Israk Mikraj dan turut sama menganjurkan majlis penyampaian sumbangan kepada jemaah yang terpilih.
Ceramah kali ini disampaikan oleh Tuan Hj. Hilal Mohsin. Alhamdulillah, seperti mana majlis-majlis ilmu yang telah pernah dianjurkan oleh pihak pentadbiran surau, ia mendapat sambutan menggalakan terutama dari jemaah kanak-kanak kerana golongan ini begitu teruja untuk mendengarkan kisah-kisah sepanjang nabi menjalani Israk Mikraj. AJK daripada persatuan penduduk dan surau Infitah telah bersama-sama bergotong-royong menyiapkan menu makan pada majlis tersebut.
Sumbangan kepada 2 orang jemaah terpilih disampaikan sendiri oleh penceramah jemputan iaitu Tuan Hj. Hilal. 2 orang jemaah yang terpilih secara kebetulan mewakili kategori warga emas. Untuk makluman, pihak surau akan meneruskan sumbangan ini dengan kerjasama persatuan penduduk pada setiap hujung bulan. Sekurang-kurangnya 2 orang atau lebih akan menerima sumbangan tersebut pada setiap bulan. Kategori penerima ialah :
- Warga emas
- OKU (Orang Kehilangan Upaya)
- Ibu tunggal
- Anak yatim
Sumbangan untuk kali pertama ini telah diberikan kepada 2 orang iaitu :
- Puan Khairiah Hj. Abas (Blok C14)
- Puan Rahmah Ibrahim (Blok C 12)
Label:
Program
Isnin, 28 Januari 2013
SEKITAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Hampir 100 orang muslimin dan muslimat hadir pada majlis Maulidur Rasul kali ini. Perarakan bermula sebaik usai sembahyang asar berjemaah. Perarakan dipimpin oleh Ustaz Mohd Awal Mangsoor bermula dari perkarangan surau di Blok B dan C seterusnya menghala ke laluan utama sebelum masuk ke simpang jalan di Blok F, melalui Blok E dan D seterusnya kembali ke perkarangan surau.
Perarakan dikawal dengan bantuan anggota RELA. Usai berarak, jemaah dihidangkan dengan jamuan ringan. Alhamdulillah, sepanjang perarakkan; cuaca cukup cerah. Perarakan kali ini disertai oleh kalangan kanak-kanak yang ramai.
Pada sebelah malam pula diadakan ceramah agama seperti selalunya. Penceramah ialah Ybhg Al Fadil Ustaz Tuan Hj. Ahmad Hilal iaitu imam masjid Jamek Jalan Pasar, Seremban. Ceramah disampaikan selepas solat maghrib berjemaah. Ustaz Tn. Hj. Ahmad Hilal kemudian mengimamkan solat isyak. Tetamu terhormat yang hadir pada majlis tersebut ialah Dato' Baharin yang merupakan ketua penerangan UMNO Bahagian Rasah.
Barisan AJK Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 (PPRPSF2) merakam jutaan terima kasih atas kehadiran dan segala bentuk kerjasama dan bantuan yang diberikan sepanjang berlangsungnya majlis. Cikgu Abdul Ghani Mansoor selaku pengerusi PPRPSF2 tidak lupa merakam ucapaan terima kasih kepada NGO-NGO yang terbabit seperti UMNO Cawangan, KRT, SRS, RELA dan COMBI.
Gambar 1 |
Gambar 2 | Gambar 3 |
Gambar 4 | Gambar 5 |
Gambar 6 |
Gambar 16 |
Ahad, 15 April 2012
AL-FATEHAH UNTUK ARWAH ADIK NURUL NABILA ABDUL RASHID
Saya mewakili Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 merakam ucapan takziah kepada keluarga Abdul Rashid kerana kehilangan anak sulungnya, Allahyarhamah adik Nurul Nabila Abdul Rashid yang meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di persimpangan Jelebu. Tragedi tersebut mendapat liputan akhbar Sinar Harian
Surau kariah Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 iaitu surau Infitah Al-Khairiah turut menjadi tempat untuk mengadakan majlis tahlil malam ke 2. Kami semua memanjat doa agar roh Allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang-orang yang mendapat keredhaan Ilahi. Al-Fatehah..amin!
Surau kariah Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 iaitu surau Infitah Al-Khairiah turut menjadi tempat untuk mengadakan majlis tahlil malam ke 2. Kami semua memanjat doa agar roh Allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang-orang yang mendapat keredhaan Ilahi. Al-Fatehah..amin!
Label:
Umum
Rabu, 22 Februari 2012
SENARAI PENERIMA SUMBANGAN SEMPENA MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PEMIMPIN
Berikut senarai penerima sumbangan sempena majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin. Untuk maklumat lanjut, penduduk-penduduk boleh merujuk terus kepada Pengerusi Persatuan Penduduk atau melalui Setiausahanya.
PENERIMA SUMBANGAN UPSR
- Nurul Khairiah Bt. Abd Hadi (5A)
- Nur Syazwani Bt. Abdul Ghani (5A)
- Nur Umaira Bt. Ajis (5A)
- Ayu Nazira Bt. Shafei (5A)
- Muhammad B. Saifuddin (4A 1B)
- Nor Fatin Bt. Adibah Norzaidi
PENERIMA SUMBANGAN PMR
- Mohd Zahiruddin Bin Mohd Saad (6A)
PENERIMA SUMBANGAN IBU TUNGGAL, WARGA EMAS DAN O.K.U
- FATIMAH SHIDZTAMIAH - F - 560817-05-5352
- AZIZAH MAHMUD - E - 540528-05-5518
- SERPIAH SAAD - E - 470603-04-5192
- PUTEH BONGSU - E - 440601-04-5220
- MAZWIAH - E - 681126-05-5338
- R.DIWI SULONG - C - 481130-01-5332
- KARIAH ABAS
- KAMSIAH IDRIS - C - 560223-05-5494
- JUNAIDAH YUSOF - B - 740510-08-5838
- JAMILIAH YUSOF - B - 640820-05-5302
- ROSNAH HJ SALLEH - B - 580428-05-5664
- ZUBAIDAH RASIP A - 700515-05-5308
- NORISAH M.YASIN - D - 500425-05-5068
- SHASHA BAHARIN - B
- SARIPAH NOR AZAM - D - 660625-06-5220
- PARIDAH HAMID C - 580708-05-5452
- JANIAH ABDULLAH - D - 480416-03-5326
- MAH JAAFAR - E - 440703-02-5378
- NOLITA BT CHE LEE - B - 810641-05-5538
- NORJAN BT ISMAIL
- MAIMON - C - 860104-05-5306
- RUGAYAH SAGARAN - E - 580425-01-5050
- NOR AZAH BAHARIN - E - 890930-05-5474
- JAMAAH MOHAMAD - F - 341210-106018
- SARIMAH YUNUS - D - 650578-05-5004
- FADILAH MUSTAPHA - D - 651201-05-5200
- RABAYAH ABU SEMAN - D - 680418-02-5400
- SALMAH AHMAD E - 570721-05-5656
- SAMSUL BAHARI HUSSIN - D - 730724-05-5029
- SUJEET KAUR - A18 - 320629-71-5170
- SARASWATY - F37 - 580626-10-5394
- SITI ROHANI MISKAN - C8 - 670918-01-5170
- LATIPAH - A
- ENON AHMAD - E37
- RAHMAH - C3 - 480403-04-5146
- HATIJAH JANTAN - C12 - 431005-05-5052
- M.ZAHIRUDDIN NEKMAT - C20 - 890505-59-5669
PENERIMA SUMBANGAN BR1M
- Norazley Abu Zarin
- Azmira Mohd yusof
- Yuswadi Zulkifli
- Ranjit@Milkit Sigh
- Mohd Salman Mohd Salleh
- Hee Yuen Toong
- Ngui Kim Loong
- Sujatha Lyappan
- Lau Chwee Hua
- Gan Siok Kun
PENERIMA SUMBANGAN MENTERI BESAR
- Norjan Ismail
- Fadil Mohamed
PEMENANG PERTANDINGAN KARAOKE
Kategori 21 Tahun ke atas :
- En Sapien Majid (Juara)
- En. Madan (Naib Juara)
- En Salman (Tempat ketiga)
Kategori 21 Tahun ke bawah :
- Nur Amalina Abdul Ghani (Juara)
- Sharir Razali (Naib Juara)
- Mohd Shahrizat (Tempat ketiga)
* Sumbangan antaranya disampaikan oleh Dato' Baharin Mohamad (Ketua Penerangan UMNO Bahagian Rasah), En. Yusof Jaafar (Setiausaha UMNO Bahagian Rasah), Pn. Hjh Hapsah Hamid (Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Rasah), En. Helmy Din (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rasah), Pn. Norashikin Abd. Rahman (Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rasah), Cikgu Abdul Ghani (Ketua UMNO Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2/Pengerusi Per. Penduduk RPSF2) dan Pn. Raja Diwi Sulong (Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2).
Label:
Program
Sabtu, 18 Februari 2012
MAJLIS JALINAN MESRA BERSAMA PEMIMPIN
Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dengan kerjasama UMNO Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 akan menganjurkan Majlis Jalinan Mesra Bersama Pemimpin pada 18hb Feb, 2012 bersempena dengan program gotong royong perdana anjuran MPS di 3 kawasan kejiranan iaitu Tmn Sri Mawar 1, Tmn Sri Mawar 2 dan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.
Melalui program tersebut, Persatuan Penduduk dan UMNO Cawangan turut memeriahkan program dengan menganjurkan pertandingan karaoke kategori dewasa (21 tahun ke atas) dan kategori remaja (21 tahun ke bawah) yang menawarkan hadiah wang tunai.
Kepada mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan boleh mendaftar kepada urusetia pada 18hb feb, 2012. Pengumuman pemenang dan hadiah akan disampaikan pada tarikh yang sama sebelah malam. Marilah kita bersama-sama menjalin kerjasama dan perpaduan dalam program ini.
Berikut tentatif program yang diatur,
Gambar sekitar program....Melalui program tersebut, Persatuan Penduduk dan UMNO Cawangan turut memeriahkan program dengan menganjurkan pertandingan karaoke kategori dewasa (21 tahun ke atas) dan kategori remaja (21 tahun ke bawah) yang menawarkan hadiah wang tunai.
Kepada mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan boleh mendaftar kepada urusetia pada 18hb feb, 2012. Pengumuman pemenang dan hadiah akan disampaikan pada tarikh yang sama sebelah malam. Marilah kita bersama-sama menjalin kerjasama dan perpaduan dalam program ini.
Berikut tentatif program yang diatur,
Ø Tarikh : 18hb Feb, 2012
Ø Jam : 8.30 pagi - 10.30 malam
Ø Lokasi : Perkarangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 (Padang sepak takraw)
Ø 8.00 pagi:-
- Senamrobik.
- Gotong Royong.
- Jamuan.
Ø 5.00 petang : Pertandingan Karaoke
Ø 8.00 Malam : Ketibaan para jemputan
Ø 8.30 Malam : Ketibaan tetamu terhormat
Ø 9.00 Malam : Ucapan Aluan Pemimpin Tempatan
Ø 9.10 Malam : Ucapan YB Dato’ Abdul Samad (Bapa Angkat DUN Senawang)
Ø 9.30 Malam : Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Hj. Hasim
Ø 10.00 Malam : Penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal, cenderahati untuk pelajar cemerlang UPSR dan PMR serta hadiah kepada pemenang pertandingan karaoke.
Ø 10.25 Malam : Jamuan
Ø 10.30 Malam : Bersurai
Label:
Program
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4
Gambar 5
Gambar 6
Gambar 16
