Jumaat, 6 September 2013

RUMAH TERBUKA PERSATUAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2

PERSATUAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2 sekali lagi dengan kerjasama 2 gabungan NGO yang terdapat di kawasan kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 iaitu Surau Infitah Al-Khairiah dan UMNO Cawangan telah menganjurkan majlis rumah terbuka sempena menyambut aidilfitri. Majlis tersebut telah diadakan pada 01hb Sept. Jemputan VIP yang turut serta ialah YB Dato' Hj. Hasim Rusdi dan Ybhg Senator Dato, Najeeb Abdullah. 


Majlis bermula sebaik usai solat isyak berjemaah.  Lebih kurang 100 orang warga penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 telah hadir memeriahkan majlis rumah terbuka tersebut terutama kalangan kanak-kanak. Adalah diharapkan majlis ini akan menjadi pemangkin kepada hubungan lebih erat antara sesama penduduk dan NGO yang kedapatan di kawasan kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Persatuan penduduk merakam ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat juga kepada VIP-VIP yang hadir.

Bagi memeriahkan majlis rumah terbuka, cabutan hadiah berupa 10 hamper dan 5 barangan eletrik telah disampaikan kepada tetamu yang bernasib baik. Turut diadakan sesi karaoke bagi merapatkan silaturahim sesama penduduk.
My ImageGambar 1
My ImageGambar 2
My ImageGambar 3
My ImageGambar 4
My ImageGambar 5
My ImageGambar 6
My ImageGambar 7
My ImageGambar 8
My ImageGambar 9
My ImageGambar 10
My ImageGambar 11

Khamis, 5 September 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAYA

Tanggal 25hb Julai, 2013 lalu, untuk kali ketiga Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dengan kerjasama Surau Infitah Al-Khairiah dan UMNO Cawangan RPSF2 menganjurkan sekali lagi penyampaian sumbangan raya kepada warga muslimin dan muslimah yang layak. Ia merangkumi warga emas, OKU, anak yatim dan ibu tunggal. Sumbangan duit raya kepada anak-anak kecil dan masih bersekolah seperti yang dilakukan pada tahun lepas turut diadakan sekali lagi. 

Majlis berjalan lancar dan mendapat sambutan ramai dari warga Islam Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. InsyaAllah, melalui gabungan 3 buah NGO (Persatuan Penduduk, Surau Infitah Al-Khairiah dan UMNO Cawangan) pihak pentadbiran NGO tersebut akan sentiasa mencari dana untuk disalurkan kepada penduduk-penduduk yang memerlukan. Dengan bantuan dan sokongan daripada Baitulmal dan Pejabat Menteri Besar yang berterusan, kebanyakan program telah dapat direalisasikan dengan jayanya. 

InsyaAllah, pada 01hb September nanti, melalui kerjasama Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dan UMNO Cawangan RPSF2 serta Surau Infitah Al-Khairiah, akan diadakan majlis rumah terbuka sempena aidilfitri. Barisan AJK NGO terbabit mengambil kesempatan menjemput semua warga penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 tanpa mengira bangsa dan agama untuk turut hadir bagi memeriahkan majlis. 

Sebarang pandangan dan cadangan daripada warga penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 untuk menambahbaikan pentadbiran NGO-NGO terbabit, bolehlah dimaklumkan kepada AJKnya atau melalui peti cadangan yang disediakan. 
My ImageGambar 1
My ImageGambar 2
My ImageGambar 3
My ImageGambar 4
My ImageGambar 5
My ImageGambar 6

Laporan oleh Setiausaha : En. Tajol Ariffin Hasan

PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN KEPADA WARGA EMAS DAN IBU TUNGGAL



Satu majlis penyampaian sumbangan ramadhan telah diadakan selepas usai solat sunat tarawikh pada 12hb Julai bersamaan 3 ramadhan. Majlis penyampaian yang boleh dianggap sesi pertama itu (kerana insyaAllah, akan ada lagi majlis serupa pada 25hb Julai ini) menerima tajaan daripada Tuan Hj. Mohamed Hussain bin Yusof, seorang warga Singapura yang telah bermurah hati menderma dalam bentuk wang tunai.

Majlis di pengerusikan oleh En. Abdul Ghani Mansoor iaitu pengerusi Persatuan Penduduk merangkap pengerusi Surau Infitah Al-Khairiah. Dalam ucapan ringkasnya, En. Abdul Ghani merakam setinggi penghargaan kepada Tuan Hj. Mohamed Hussain serta wakilnya di Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 iaitu Hajjah Normah Dollah. Beliau juga akan mengutuskan surat penghargaan kepada Tuan Hj. Mohamed atas sumbangan ikhlas tersebut. Sumbangan disampaikan oleh Hajjah Normah Dollah. Seramai 30 orang penerima sumbangan terdiri dari warga emas dan ibu tunggal.

Berikut senarai penerima sumbangan :

  1. AZIZAH BTE MAHMUD
  2. FARIDAH BTE HJ. HAMID
  3. FATIMAH BINTI SHIDZTAMIAH
  4. JAMILIAH BTE YUSOF
  5. JUNAIDAH BTE MOHD YUSOF
  6. LATIPAH BTE OMAR
  7. MORANA BTE SA'ABAN
  8. NORASIMAH
  9. NORHAIDA BTE ABU HASAN
  10. RAJA DEWI BTE SULONG
  11. RUSNAH BTE SALLEH (KAK WOK)
  12. SERPIAH BTE SA'AD
  13. HJ. RUZALI SAID
  14. SHASAREENA BTE BAHARIN
  15. ZUBAIDAH BINTI RASIP
  16. ROHAYA BINTI AHMAD
  17. NORJAN BINTI ISMAIL
  18. AMY NORFARIZA BINTI RAMLI
  19. NORLI
  20. HAJJAH MAH BTE JAAFAR
  21. KAMSIAH BTE IDRIS
  22. KHAIRIAH BTE HJ ABAS
  23. NORISAH BTE YASIN
  24. PUTEH BTE BONGSU
  25. NORMAH BINTI DOLLAH
  26. NORLIA BINTI MAAZIN
  27. MAIMON
  28. ZAITON BINTI HASAN
  29. RAHIMAH BINTI IBRAHIM
  30. ZAINON





Jumaat, 12 Julai 2013

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

SELURUH BARISAN KEPIMPINAN PERSATUAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2 MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA WARGA PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2

PENGUMUMAN : KERJA-KERJA PENURAPAN JALAN BERMULA 10HB JULAI

PERSATUAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2 telah dimaklumkan oleh Unit Perumahan SUK bahawa kerja-kerja penurapan jalan akan dibuat bermula pada 10hb Julai sehingga dijangka hujung bulan Julai. Sehubungan dengan itu adalah diminta penduduk-penduduk dapat memberikan kerjasama seperti mengalihkan kenderaan ketika kerja-kerja penurapan dijalankan.

Kerjasama daripada warga penduduk rumah pangsa Senawang fasa 2 adalah amat-amat dihargai. Sebarang kemusyiklan boleh merujuk kepada pengerusi persatuan penduduk atau setiausahanya.

Rabu, 5 Jun 2013

PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN CERAMAH ISRAK MIKRAJ

PADA 05hb Jun, 2013 bersamaan 26 Rejab, 1434H, dengan jalinan kerjasama daripada surau Infitah Al-Khairiah, persatuan penduduk telah turut sama menyertai majlis ceramah Israk Mikraj dan turut sama menganjurkan majlis penyampaian sumbangan kepada jemaah yang terpilih. 

Ceramah kali ini disampaikan oleh Tuan Hj. Hilal Mohsin. Alhamdulillah, seperti mana majlis-majlis ilmu yang telah pernah dianjurkan oleh pihak pentadbiran surau, ia mendapat sambutan menggalakan terutama dari jemaah kanak-kanak kerana golongan ini begitu teruja untuk mendengarkan kisah-kisah sepanjang nabi menjalani Israk Mikraj. AJK daripada persatuan penduduk dan surau Infitah telah bersama-sama bergotong-royong menyiapkan menu makan pada majlis tersebut.

Sumbangan kepada 2 orang jemaah terpilih disampaikan sendiri oleh penceramah jemputan iaitu Tuan Hj. Hilal. 2 orang jemaah yang terpilih secara kebetulan mewakili kategori warga emas. Untuk makluman, pihak surau akan meneruskan sumbangan ini dengan kerjasama persatuan penduduk pada setiap hujung bulan. Sekurang-kurangnya 2 orang atau lebih akan menerima sumbangan tersebut pada setiap bulan. Kategori penerima ialah :

  1. Warga emas
  2. OKU (Orang Kehilangan Upaya)
  3. Ibu tunggal
  4. Anak yatim


Sumbangan untuk kali pertama ini telah diberikan kepada 2 orang iaitu :

  1. Puan Khairiah Hj. Abas (Blok C14)
  2. Puan Rahmah Ibrahim (Blok C 12)

Isnin, 28 Januari 2013

SEKITAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Hampir 100 orang muslimin dan muslimat hadir pada majlis Maulidur Rasul kali ini. Perarakan bermula sebaik usai sembahyang asar berjemaah. Perarakan dipimpin oleh Ustaz Mohd Awal Mangsoor bermula dari perkarangan surau di Blok B dan C seterusnya menghala ke laluan utama sebelum masuk ke simpang jalan di Blok F, melalui Blok E dan D seterusnya kembali ke perkarangan surau. 

Perarakan dikawal dengan bantuan anggota RELA. Usai berarak, jemaah dihidangkan dengan jamuan ringan. Alhamdulillah, sepanjang perarakkan; cuaca cukup cerah. Perarakan kali ini disertai oleh kalangan kanak-kanak yang ramai. 

Pada sebelah malam pula diadakan ceramah agama seperti selalunya. Penceramah ialah Ybhg Al Fadil Ustaz Tuan Hj. Ahmad Hilal iaitu imam masjid Jamek Jalan Pasar, Seremban. Ceramah disampaikan selepas solat maghrib berjemaah. Ustaz Tn. Hj. Ahmad Hilal kemudian mengimamkan solat isyak. Tetamu terhormat yang hadir pada majlis tersebut ialah Dato' Baharin yang merupakan ketua penerangan UMNO Bahagian Rasah.

Barisan AJK Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 (PPRPSF2) merakam jutaan terima kasih atas kehadiran dan segala bentuk kerjasama dan bantuan yang diberikan sepanjang berlangsungnya majlis. Cikgu Abdul Ghani Mansoor selaku pengerusi PPRPSF2 tidak lupa merakam ucapaan terima kasih kepada NGO-NGO yang terbabit seperti UMNO Cawangan, KRT, SRS, RELA dan COMBI.
My ImageGambar 1
My ImageGambar 2
My ImageGambar 3
My ImageGambar 4
My ImageGambar 5
My ImageGambar 6
My ImageGambar 7
My ImageGambar 8
My ImageGambar 9
My ImageGambar 10
My ImageGambar 11
My ImageGambar 12
My ImageGambar 13

My ImageGambar 14
My ImageGambar 15
My ImageGambar 16
My ImageGambar 17
My ImageGambar 18
My ImageGambar 19
My ImageGambar 20
My ImageGambar 21

My ImageGambar 22

Laporan oleh Setiausaha : En. Tajol Ariffin Hasan