Rabu, 5 Jun 2013

PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN CERAMAH ISRAK MIKRAJ

PADA 05hb Jun, 2013 bersamaan 26 Rejab, 1434H, dengan jalinan kerjasama daripada surau Infitah Al-Khairiah, persatuan penduduk telah turut sama menyertai majlis ceramah Israk Mikraj dan turut sama menganjurkan majlis penyampaian sumbangan kepada jemaah yang terpilih. 

Ceramah kali ini disampaikan oleh Tuan Hj. Hilal Mohsin. Alhamdulillah, seperti mana majlis-majlis ilmu yang telah pernah dianjurkan oleh pihak pentadbiran surau, ia mendapat sambutan menggalakan terutama dari jemaah kanak-kanak kerana golongan ini begitu teruja untuk mendengarkan kisah-kisah sepanjang nabi menjalani Israk Mikraj. AJK daripada persatuan penduduk dan surau Infitah telah bersama-sama bergotong-royong menyiapkan menu makan pada majlis tersebut.

Sumbangan kepada 2 orang jemaah terpilih disampaikan sendiri oleh penceramah jemputan iaitu Tuan Hj. Hilal. 2 orang jemaah yang terpilih secara kebetulan mewakili kategori warga emas. Untuk makluman, pihak surau akan meneruskan sumbangan ini dengan kerjasama persatuan penduduk pada setiap hujung bulan. Sekurang-kurangnya 2 orang atau lebih akan menerima sumbangan tersebut pada setiap bulan. Kategori penerima ialah :

  1. Warga emas
  2. OKU (Orang Kehilangan Upaya)
  3. Ibu tunggal
  4. Anak yatim


Sumbangan untuk kali pertama ini telah diberikan kepada 2 orang iaitu :

  1. Puan Khairiah Hj. Abas (Blok C14)
  2. Puan Rahmah Ibrahim (Blok C 12)