BIRO DAN PORTFOLIO

BIRO DAN PORTFOLIO

1) BIRO KEBAJIKAN
Skop Portfolio
  • Memastikan kebajikan penghuni-penghuni kawasan kejiranan mendapat perhatian sewajarnya dari pihak-pihak berkenaan.
  • Mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan terutama status ibu tunggal, anak yatim, warga tua dan seterusnya mencari jalan penyelesaian dan cadangan untuk sebarang masalah berkaitan kebajikan penghuni seperti berhubung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (bagi masyarakat Muslim dan bukan muslim) dan Baitumal (bagi masyarakat Muslim).
  • Menyediakan carta statistik yang sentiasa dikemaskini bagi maklumat-maklumat di atas untuk memudahkan pemantuan Biro Kebajikan.
  • Sebagai Biro awal yang menerima laporan berkaitan masalah kebajikan yang kemudian memanjangkannya dalam mesyuarat persatuan.


2) BIRO KEBERSIHAN
Skop Portfolio

  • Memastikan kebersihan kawasan perumahan dan persekitarannya dalam keadaan terkawal. Biro Kebersihan perlu mendapatkan kerjasama daripada penduduk setempat atau memaklumkan bahawa isu kebersihan ini perlu ditangani secara bersama. Jika perlu satu notis peringatan kepada penduduk dipaparkan di kawasan yang strategik.
  • Memastikan kebersihan dikekalkan semula seperti sediakala selepas apa-apa program dijalankan.
  • Menyusun program-program kebersihan seperti mengadakan Gotong Royong Perdana serta bekerjasama dengan COMBI, RELA. SRS. KRT dalam aspek kebersihan khususnya menangani masalah pembiakan Denggi.
  • Sebagai Biro awal yang menerima laporan berkaitan masalah kebersihan yang kemudian memanjangkannya dalam mesyuarat persatuan.


3) BIRO KESELAMATAN
Skop Portfolio

  • Mewujudkan sistem keselamatan di kawasan kejiranan dan memastikan ia berjalan lancar.
  • Memastikan masalah sosial seperti budaya lepak, mat rempit, penyalahgunaan dadah dan khalwat tidak menular di kawasan kejiranan.
  • Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan NGO yang fokus kepada hal-hal berkaitan keselamatan seperti Polis, Bomba, Pejabat Agama, ADK, JPA, RELA dan SRS.
  • Mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi kesedaran terhadap keselamatan seperti mengadakan pameran dan ceramah keselamatan.
  • Sebagai Biro awal yang menerima laporan berkaitan masalah keselamatan yang kemudian memanjangkannya dalam mesyuarat persatuan.


4) BIRO KEBUDAYAAN
Skop Portfolio

  • Menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti sosial dan kebudayaan serta memastikan ia memberi impak positif dalam penyatuan dan perpaduan semua kaum di kawasan kejiranan.
  • Memastikan nilai-nilai kebudayaan antara semua kaum terpelihara dan dapat diwarisi oleh generasi muda.
  • Memastikan ada slot khas untuk aktiviti Biro Kebudayaan dalam taqwim tahunan persatuan.


5) BIRO PENDIDIKAN
Skop Portfolio

  • Merancang serta menyusun aktiviti-aktiviti pendidikan seperti mengadakan ceramah, motivasi, kem pendidikan pelajar dan seumpamanya.
  • Mengadakan klinik SPM, PMR dan UPSR khas untuk pelajar-pelajar yang terbabit dalam peperiksaan.
  • Bekerjasama dengan Biro Kebajikan untuk mencari dana atau sumber-sumber yang boleh membantu para pelajar yang menghadapi masalah kewangan.
  • Memastikan ada slot pendidikan dalam taqwim tahunan persatuan.


6) BIRO PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR
Skop Portfolio

  • Memastikan prasarana kawasan persekitaran tidak ketinggalan dari segi kemudahan asas kepada kemudahan tambahan serta memastikan juga prasarana yang sedia ada dapat dikendali dengan baik dan berfungsi seperti sepatutnya.
  • Mencari peluang-peluang yang boleh meningkatkan sosio-ekonomi penghuni.
  • Bekerjasama dengan lain-lain Biro demi perlaksanaan pembangunan fizik, ekonomi dan sosio budaya.
  • Sebagai Biro awal yang menerima laporan berkaitan masalah pembangunan yang kemudian memanjangkannya dalam mesyuarat persatuan.


7) BIRO SUKAN DAN REKREASI
Skop Portfolio

  • Merancang aktiviti berkaitan sukan dan rekreasi sama ada yang melibatkan hanya penghuni-penghuni Rumah Pangsa Senawang 2 atau dengan penghuni-penghuni taman perumahan lain atau dengan mana-mana jabatan kerajaan atau swasta atau badan NGO lainnya.
  • Mengko-ordinasi aktiviti sukan ourdoor game seperti bolasepak dan hoki atau indoor game seperti futsall dan bowling.
  • Mendapatkan peluang untuk penghuni-penghuni Rumah Pangsa Senawang 2 menonton perlawanan pelbagai jenis sukan seperti bolasepak dan badminton atau mengadakan rombongan khas untuk menyaksikan acara-acara sukan peringkat Negeri atau Kebangsaan.
  • Menganjurkan kem rekreasi atau bekerjasama dengan lain-lain agensi atau menyertai kem rekreasi dari agensi lain sebagai salah satu slot riadah penghuni-penghuni Rumah Pangsa Senawang 2.
  • Memastikan ada slot sukan dan rekreasi dalam taqwim tahunan persatuan.


8) BIRO AUDIO VISUAL
Skop Portfolio

  • Memastikan segala aktiviti yang dijalankan didokumenkan dalam bentuk gambar-gambar untuk tujuan rujukan dan pengisian dalam laman blog.
  • Memastikan peralatan dan keperluan untuk pengambaran dan sistem PA; dalam keadaan sedia guna seperti kamera, kad memori, bateri, pembesar suara, microphone dan termasuk juga rostrum.
  • Bekerjasama dengan setiausaha dan editor dalam memilih gambar-gambar untuk laporan aktiviti bergambar dalam blog.