Isnin, 21 November 2011

TPM MENGOTAKAN JANJINYA

SEKADAR menunggu kira-kira sebulan sahaja semenjak kedatangan TPM YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin. Apa yang YAB katakan semasa ucapannya di hadapan ribuan penduduk yang hadir, telah dikotakan. Kerja-kerja mengecat dan memasang bumbung di Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 sedang giat dijalankan sekarang. 

Persatuan Penduduk RPSF2 juga menunggukan respon permintaan 'surat cinta' yang disampaikan pengerusinya kepada YAB tempoh hari. Bukan apa, berdasarkan situasi terkini Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dan keperluan utama penduduknya, permintaan itu dirasakan amat relevan.

Sabtu, 5 November 2011

SALAM AIDIL ADHA



BARISAN KEPIMPINAN DAN AJK PERSATUAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2 MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA KEPADA SEMUA PENDUDUK. MOGA KITA SEMUA DAPAT MELIMPAHKAN MAKNA PERPADUAN ANTARA SESAMA KITA. ISNYAALLAH

Jumaat, 28 Oktober 2011

SURAT 'CINTA' PERSATUAN PENDUDUK KEPADA TPM

BERIKUT adalah salinan surat cinta yang telah diberikan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk RPSF2, En Abdul Ghani Mansoor kepada YAB TPM lewat kunjungan TPM lalu.


15hb Okt, 2011

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
Y.A.B DATO’ SERI UTAMA TAN SRI HJ. MUHYIDDIN BIN HJ. MOHD YASSIN
Jabatan Perdana Menteri  
Aras 4  Blok Barat  Bangunan Perdana Putra  
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan  
62502 Putrajaya  Malaysia
Tel: +603-8888 1950  Faks: +603-8888 0035

Y.A.B Dato’ Seri Utama,

MOHON PERUNTUKAN KHAS TIMBALAN PERDANA MENTERI Y.A.B DATO’ SERI UTAMA TAN SRI HJ. MUHYIDDIN BIN HJ. MOHD YASSIN SEMPENA MAJLIS RAMAH MESRA DAN LAWATAN KE RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2.

Merujuk perkara di atas.
2.         Sukacita dimaklumkan, kami warga penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 ingin menarik perhatian YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Utama Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj. Yassin atas beberapa permohonan agar dapat kiranya dipertimbangkan atas kapasiti peruntukan khas Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Permohonan ini adalah mewakili beberapa badan NGO di Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dan Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 telah diberi mandat untuk menyampaikan hasrat dan harapan ini. Terlebih dahulu kami memohon maaf sekiranya terdapat kekilafan tatacara permohonan ini disampaikan. Antaranya ialah:

2.1 Mohon dapat kiranya didirikan Dewan Serbaguna untuk kemudahan penduduk setempat dan persekitaran Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 bagi menjalankan aktiviti. Lokasi telah dikenal pasti dan bersesuaian dengan tujuan ini.

2.2 Mohon diadakan tapak permainan khas untuk kanak-kanak dan dewasa sebagai tempat riadah penduduk.

2.3 Mohon peruntukan untuk Tabung Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 bagi tujuan merancakkan lagi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan setempat.

2.4  Mohon dibina sengkuap (awning) di depan surau Infitah Al-khairiah.

2.5  Mohon kemudahan kabin (pondok kawalan) ahli-ahli RELA dan SRS yang mengadakan rondaan malam bagi sama-sama membantu menjaga keselamatan penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.

2.6  Peruntukan komputer notebook 1Malaysia khas untuk anak-anak penghuni Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.

2.7  Mewujudkan kemudahan siber kafe dengan kapasiti 10 komputer di bawah seliaan Kawasan Rukun Tetangga dan Surau Infitah Al-Khairiah.

2.8 Penambahbaikan dewan KRT dan dewan Tabika Perpaduan yang terdapat di Rumah Pangsa Senawang Fasa 2

3.         Kami mewakili seluruh warga penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dan NGO-NGO-nya mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian Y.A.B melakukan lawatan khusus untuk beramah mesra dengan penduduk. Terima kasih.

Yang benar

Ahad, 16 Oktober 2011

MAJLIS RAMAH MESRA DAN LAWATAN TPM KE RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2

KUNJUNGAN TPM DAN MB NEGERI SEMBILAN ke Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 telah membuka lembaran baru dalam kehidupan setiap penghuninya. Siapa sangka harapan sekadar menjemput Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan untuk meninjau nasib penghuni-penghuni Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 bertukar menjadi aspirasi yang di luar dugaan apabila jemputan tersebut turut disambut oleh orang penting no 2 di Malaysia iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia; YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin.  TPM dan MB turut sama membawa beberapa orang barisan exco Negeri. Tentu sekali ini merupakan keterujaan yang amat sangat bagi penduduk-penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 kerana gerombolan orang-orang penting terdiri dari VIP dan VVIP mentsunamikan sekitar kawasan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 pada 15hb Oktober, 2011.


Pada lawatan tersebut, TPM juga sempat menyempurnakan perasmian Surau Infitah Al-Khairiah sambil disaksikan oleh MB Negeri Sembilan. Ini merupakan satu kebanggaan buat ahli kariah Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 kerana buat julung-julung kalinya di Negeri Sembilan, Surau Infitah Al-Khairiah merupakan satu-satunya surau yang dirasmikan oleh orang penting no. 2 di Malaysia itu.

Satu lagi berita yang menggembirakan seluruh penghuni Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 ialah apabila TPM mengumumkan peruntukan RM3 juta untuk kos pembaikpulihan Rumah Pangsa serta kos-kos berkaitan.










Ahad, 5 Jun 2011

MUSAFIR : ZIARAH KE MASJID KRISTAL


Hari Pertama (3hb Jun, 2011)
Alhamdulillah, akhirnya perancangan yang dibuat lewat jan 2011 lalu berjaya direalisasikan. Malah boleh dikatakan lebih meriah daripada yang dijangkakan apatah lagi perancangan awal menggunakan sebuah bas, pihak urusetia terpaksa menyewa sebuah bas lagi untuk menampung jumlah peserta yang ingin turut serta. Dianggarkan jumlah peserta ialah seramai lebih kurang 84 orang terdiri dari pelbagai peringkat umur.

Seperti jadual tentatif program yang telah siap disusun, sebahagian peserta menunaikan solat fardhu maghrib dan isyak di Surau Infitah Al-Khairiah. En. Tajol Ariffin mengimami solat maghrib manakala En. Nekmat Takin mengimami solat isyak. Kemudian setelah menunaikan solat sunat musafir, peserta berkumpul di perkarangan padang sepak takraw sementara menunggu ketibaan bas.

Bas pertama tiba sekitar jam 9:00 malam diikuti bas kedua pukul 9:10 malam. Setelah menyampaikan sedikit taklimat, semua peserta menaiki bas. Semakan nama-nama peserta dilakukan setelah semua peserta duduk dikerusi masing-masing. Saya tidak dapat mengulas suasana bas kedua kerana saya menaiki bas pertama.

Bacaan doa mohon keselamatan dalam perjalanan telah dibaca oleh En. Tajol Ariffin Hasan. Beliau juga selaku ketua rombongan sempat memberikan sedikit taklimat iaitu setiap peserta hendaklah memastikan rakan disebelah mereka sentiasa ada ketika bas hendak bergerak, setelah peserta turun bas untuk ke tandas atau sebagainya. Ini penting untuk menggelakan berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti peserta tertinggal bas.

Kedua bas bergerak tepat jam 9:45 malam mengikuti laluan Senawang-Kuala Pilah-Serting-Muadzam Shah-Gambang-Jabor-Kuala Terengganu. Kegembiraan jelas terbayang, peserta seolah tidak mahu tidur meskipun sudah lewat malam. Akhirnya destinasi perhentian pertama (untuk ke tandas, minum dan makan malam)tiba iaitu di RnR Muadzam. Rombongan sampai kira-kira jam 12:30 tengah malam. Memeranjatkan di RnR itu telah ada sekitar 20 buah bas rombongan ke pelbagai destinasi. Suasana seolah macam ada pesta atau autshow bas. Dengan jumlah bas sedemikian banyak bas, anda semua dapat bayangkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk ke tandas! atau untuk memesan secawan teh tarik!...Saya lihat ada yang cuma membeli air sahaja manakala makanan, mereka telah membawa bekal dari rumah. Saya sendiri mengambil masa kira-kira setengah jam semata-mata untuk membayar harga sebotol miniral water lantaran ramainya orang beratur untuk membeli air tersebut.


Hari Kedua (4hb Jun, 2011)
Setelah menghabiskan masa kira-kira setengah jam, bas kembali meneruskan perjalanan. Perjalanan yang penuh kedinginan malam itu memaksa beberapa peserta mohon bas berhenti untuk mereka ke tandas! Bas berhenti untuk memenuhi hajat beberapa peserta tersebut di RnR Kuantan. Ketika ini jam menunjukan pukul 2:40 pagi. Kemudian sekali lagi bas berhenti untuk tujuan yang sama di petronas jalan ke Kuala Terengganu. Saya telah berbincang dengan pemandu dan bertanyakan jarak antara petronas tersebut ke masjid terapung Kuala Terengganu, beliau mengatakan sekitar 10 ke 20 minit sahaja. Lantas saya membuat pengumuman, bas akan berhenti untuk solat subuh di Masjid Terapung Tengku Zaharah lebih kurang 10 ke 20 minit lagi. Mulanya memang kami menjangkakan untuk solat subuh di Masjid Kristal, tapi memandangkan waktu suntuk, jadual terpaksa diubah. Rombongan tiba di Masjid Terapung tepat jam 6:15 pagi. Semua peserta bergegas turun dan menunaikan solat subuh. Ada yang mengambil kesempatan untuk turut mandi. Kebetulan di Masjid Terapung itu ada kuliah subuh dan anggota rombongan ada yang turut mendengar kuliah subuh tersebut.

Setelah semuanya selesai, bas bertolak ke Pantai Batu Buruk untuk bersarapan pagi. Ia cuma mengambil masa kira-kira 10 minit dari masjid terapung untuk ke Pantai Batu Buruk tersebut. Jadual seterusnya selepas bersarapan ialah rombongan menuju ke Kg. Losong untuk meninjau pembuatan keropok losong. Memang di Kg. Losong, deretan industri pembuatan keropok losong yang boleh dikatakan diusahakan di rumah + kedai didirikan di sepanjang kiri kanan jalan. Peserta rombongan mengambil kesempatan membeli keropok losong untuk dibawa balik. Keropok biasa dijual RM20 untuk 5 beg seberat kira-kira 1 ke 2 kilo. Di sini juga didapati banyak bas rombongan yang turut sama membawa anggota rombongannya membeli keropok losong.

Seterusnya rombongan menuju ke Arfa Batik. Sekali lagi saya lihat ada beberapa bas rombongan yang telah sampai. Di sini pihak pengurusan Arfa Batik memberikan kupon cabutan bertuah kepada anggota rombongan yang melebihi 15 orang. Syarat penggunaan kupon itu pula ialah sekurang-kurangnya 15 orang mestilah membeli di Arfa Batik tanpa mengira berapa harga belian, bermakna untuk rombongan 2 buah bas, seramai 30 orang mesti membeli. Oleh kerana kami tiba dengan 2 buah bas, sebanyak kira-kira 88 kupon telah diberikan. Cuma dengan jumlah sebanyak itu, pemenang cabutan bertuah yang ditawarkan ialah 6 orang sahaja! Ertinya setiap bas hanya mempunyai 3 orang pemenang. Tapi memang kualiti pakaian batik di sini cukup tinggi dan harganya pun biar ada yang ditawarkan diskaun sehingga 50%, ia masih berharga ratusan ringgit. Itulah Arfa Batik. Rasanya target mereka ialah pelancung asing, bukan warganegara. Apapun, saya salute kerana itulah antara syarikat Bumiputera yang berjaya membawa industri batik sampai ke luar negara. Terlupa saya nak khabarkan, rombongan kami juga disajikan dengan persembahan kebudayaan secara 'live'.

Isnin, 9 Mei 2011

Rancangan Takwim Tahunan : Kertas Kerja


PERSATUAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2 telah ditubuhkan pada suku tahun 2011 demi menyahut seruan kerajaan agar diadakan satu badan NGO yang berfungsi sebagai satu mekanisma perpaduan antara semua kaum di samping merealisasikan ke arah pencapaian Juara Rakyat 1 Malaysia. Penubuhan persatuan pada lewat april 2011 yang lalu secara tidak langsung telah membabitkan kaum-kaum di kawasan kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 apabila lantikan AJK persatuan turut memasukan nama mereka bagi mewakili kaum masing-masing.
Sebelum ini Rumah Pangsa Senawang telah mempunyai beberapa badan NGO tetapi kesemuanya gagal menarik minat bangsa asing untuk turut serta duduk dalam barisan AJKnya. Adapun keterlibatan mereka hanya pada pasukan RELA sahaja. Itupun sekadar menjadi ahli dan tidak membabitkan diri dalam aktiviti RELA seperti melakukan ronda malam pada setiap malam minggu.
Melalui kajian yang dilakukan akhirnya disedari mengapa selama ini bangsa asing terutama kaum China dan India begitu payah untuk membabitkan diri dalam NGO yang ditubuhkan. Formula yang diguna pakai oleh Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 ialah dengan menawarkan mereka jawatan dalam pertubuhan yakni menduduki kerusi AJK dan memegang tugas antaranya sebagai Biro Kebudayaan serta Biro Keselamatan. Mereka juga ingin melontarkan pendapat dan pandangan dalam sesebuah NGO serta ingin dihargai sebagai salah seorang penyumbang dalam aktiviti kemasyarakatan.
Ketika mesyuarat persatuan diadakan untuk merangka aktiviti-aktiviti tahunan, pengerusi persatuan telah meminta kerjasama dari AJK kaum China dan India agar turut menyenaraikan program mereka. Dengan ini penglibatan mereka dalam AJK Persatuan tidak dilihat sebagai syarat sahaja. Tetapi mereka diminta memberikan buah fikir demi keharmonian dan perpaduan masyarakat sekitar.
KAMI amat yakin dan percaya untuk mencapai perpaduan antara semua kaum, program kemasyarakatan yang melibatkan semua bangsa perlu dibuat! Justeru kertas kerja ini dirangka untuk mendapatkan dana bagi menjalankan program yang telah dirancang.


  OBJEKTIF
1)      Memastikan nilai-nilai perpaduan antara semua bangsa terus menjadi amalan dan pegangan majoriti melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
2)      Menghargai pandangan semua kaum dalam mentadbir dan merancang aktiviti sebuah persatuan.
3)      Memperkasa semangat perpaduan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di dalam komuniti serta menggalak penduduk untuk menyokong program-program kemasyarakatan.
4)      Menyatukan ketua-ketua kaum yang kedapatan di sekitar kawasan perumahan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.
5)      Ketua-ketua kaum yang mewakili setiap bangsa di kawasan perumahan dapat bertukar-tukar pandangan dan cadangan.



   TAQWIM PROGRAM TAHUNAN
 

1) FEB, 2012
Nama Program : Rumah Terbuka Gong Xi Fa Chai
Tarikh :
Tentatif :         1) Persembahan tarian naga oleh kanak-kanak yang terdiri dari bangsa China,Melayu dan India.
2) Jamuan dengan menu pelbagai bangsa.
3) Cabutan bertuah
Sasaran : Penyertaan semua bangsa.
Objektif : Memperkenalkan budaya bangsa China.
Anggaran kos : RM2,500.00

2) JUN, 2012
Nama Program : Program Kebudayaan 1 Malaysia
Tarikh :
Tentatif :         1) Ceramah 1 Malaysia oleh JASA.
2) Pertandingan pakaian beragam.
3) Pemilihan Tokoh budaya komuniti.
3) Persembahan kebudayaan semua bangsa.
Sasaran : Penyertaan semua bangsa.
Objektif : Semua bangsa akan menghormati adat budaya bangsa lain.
Anggaran kos : RM3,500.00

3) OGOS, 2012
Nama Program : Rumah Terbuka Depavali
Tarikh :
Tentatif :         1) Persembahan tarian India yang turut disertai oleh bangsa lain (Melayu dan China).
2) Jamuan dengan menu India yang halal dan dimasak bersama oleh kaum Melayu dan China.
3) Cabutan bertuah
4) Pemberian hamper raya.
Sasaran : Penyertaan semua bangsa.
Objektif : Untuk menghargai peranan kaum India di kawasan kejiranan Rumah Pangsa.
Anggaran kos : RM2,500.00


4) SEPT, 2012
Nama Program : Rumah Terbuka Aidil Fitri
Tarikh :
Tentatif :         1) Gotong royong membakar lemang bersama kaum India dan China.
2) Pertandingan karaoke lagu-lagu raya.
3) Cabutan bertuah
4) Pemberian hamper raya.
Sasaran : Penyertaan semua bangsa.
Objektif : Untuk menghargai peranan kaum India di kawasan kejiranan Rumah Pangsa.
Anggaran kos : RM2,500.00


5) SEPT, 2012
Nama Program : Sambutan Hari Malaysia
Tarikh :
Tentatif :         1) Ceramah khas Hari Malaysia oleh tokoh sejarahwan.
2) Pertandingan lagu-lagu patriotik.
3) Cabutan bertuah
Sasaran : Penyertaan semua bangsa.
Objektif : Membawa semua bangsa menghayati Hari Malaysia .
Anggaran kos : RM2,500.00


6) DEC, 2012
Nama Program : Rumah Sukaneka Rakyat 1 Malaysia
Tarikh :
Tentatif :         1) Pertandingan acara sukan-sukan terpilih yang akan melibatkan semua bangsa.
2) Pertandingan badminton campuran antara 2 bangsa contoh India dan Melayu atau Melayu dengan China.
Sasaran : Penyertaan semua bangsa.
Objektif : Untuk menghargai peranan kaum India di kawasan kejiranan Rumah Pangsa.
Anggaran kos : RM3,000.00


   SALURAN DANA
Peruntukan dana boleh disalurkan ke dalam akaun Bank Islam atas nama Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. No akaun persatuan adalah seperti di bawah.
0
5
-
0
1
2
-
0
1
-
0
0
7
5
1
2
-
5


   PENGHARGAAN
Persatuan merakam jutaan terima kasih atas keprihatinan YAB dalam mempertimbangkan kertas kerja ini. Moga aktiviti persatuan akan dapat dijalankan dari semasa ke semasa dengan penuh aktif lagi melalui peruntukan yang diperolehi.

Disediakan oleh



...........................................
 (Tajol Ariffin b. Hasan)
Setiausaha
Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2
(012-374 8376)


Sabtu, 9 April 2011

ZIARAH ILMIAH KE MASJID KRISTAL TERENGGANU

PERSATUAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2, akan menganjurkan satu lawatan ke Masjid Kristal dan Masjid Terapung Terengganu pada 3 - 5 hb Jun, 2011 bersempena cuti sekolah penggal kedua. Lawatan dengan konsep Ziarah Ilmiah itu dianjur secara bersama dengan Surau Infitah Al-Khairiah. Sebanyak 2 buah bas dengan kira-kira 84 orang peserta telah mendaftar untuk turut serta dalam ziarah itu.