PERLEMBAGAAN PERSATUAN
PERSATUAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2

FASAL 1 NAMA PERTUBUHAN

Pertubuhan ini dinamakan Persatuan Penduduk Rumah PangsaSenawang Fasa 2, selepas ini disebut “Pertubuhan”.

FASAL 2 TEMPAT URUSAN

Alamat ,Tempat urusan serta Urusan surat menyurat pertubuhan ialah di :

Blok F10 Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, 
70450 Seremban 
Negeri
Sembilan. 

Atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA


Persatuan menggunakan lambang seperti lencana dengan hanya 4 tona warna iaitu biru, cokelat cerah dan cokelat gelap serta hitam. Ikon berwarna biru melambangkan penduduk-penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 yang bersatu hati dan bekerjasama.

Warna cokelat cerah yang membentuk seperti rumah melambangkan tempat komuniti setempat tinggal. Ia seolah diikat dengan reben berwarna cokelat gelap dengan teks BERSATU KITA TEGUH bagi mengambarkan penduduk-penduduk bersatu dalam apa jua perkara.

Manakala teks berwarna hitam bertulis ‘PERSATUAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2’ yang ditulis di atas adalah sebagai lambang ia memayungi kepentingan penduduk-penduduk yang bernaung di bawah persatuan.

Definisi warna yang digunakan adalah seperti berikut,
1)  Warna biru bererti perpaduan
2)  Warna cokelat cerah beerti kekuatan
3)  Warna cokelat gelap beerti keteguhan
4)  Warna hitam beerti semangat waja

FASAL 4 TUJUAN / MATLAMAT

1. Mewujudkan perpaduan dan ikatan muhibah di kalangan penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2
2. Menggalakkan penduduk setempat menyertai persatuan ini.
3. Merancang program-program untuk pembangunan kawasan setempat.

FASAL 5 KEAHLIAN.

1. Ahli adalah terdiri daripada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
2. Ahli adalah dikalangan penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 Sahaja.
3. Keahlian terbuka kepada kaum Melayu, Cina dan India dan kaum lain.
4. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah mendapat kelulusan dan sokongan daripada Ahli Jawatan Kuasa.
5. Yuran ahli perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum diterima menjadi ahli pertubuhan.
6. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkinkepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan
tanpa memberi sebab-sebabnya.
7. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
8. Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

FASAL 6 YURAN KEAHLIAN.

1. Yuran tahunan untuk keahlian adalah sebanyak RM 1.00 ( Satu ringgit sahaja)
2. Bayaran masuk bagi permohonan ahli baru ialah RM 2.00 ( Dua ringgit sahaja ).
3. Bayaran yuran tahunan hendaklah dijelaskan pada Bendahari setiap awal tahun.
4. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada tiga bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh Setiausaha atau wakilnya dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
5. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi empat bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil  terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
6. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semulabagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
7. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.

FASAL 7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

1. Ahli yang hendak berhenti daripada ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan hutangnya.

2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau mencemarkan nama baik pertubuhan boleh dipecat ataudigantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.


FASAL 8 MESYUARAT AGUNG

1. Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli.Sekurang-kurangnya satu perdua (  1/4 ) daripada jumlah ahli atau 1 kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir didalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat

2. Jika korum tidak mencukupi selepas 1/2 jam daripada waktu itetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh ( tidak lebih daripada 30 hari ).

3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 Mac pada tarikh, masa dan tempat yangditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah:

a) Menerima laporan tahunan Jawatankuasa di dalam tahun yang lalu.
b) Menerima laporan penyata kewangan daripada Bendahari.
c) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat .

5. Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.

6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu endaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

8.Fasal 8 (1) dan 8 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh igunakan untuk mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat
Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

9.Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

FASAL 9 JAWATANKUASA

1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung pada setiap 3 tahun sekali. 

Seorang Pengerusi
Seorang Naib Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Bendahari
13 Orang Ahli Jawatankuasa Biasa.

2. Nama- nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam mesyuarat agung Tahunan. Semua pegawai-pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.

3. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung denganya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

4. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

5.Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:

a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan
terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-
tiap ahli Jawatankuasa.
b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan
c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.

Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

6. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.

7. Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

8. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan pertubuhan.

9. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

FASAL 10 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

1. Pengerusi.
  • Menjadi pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani peringatan mesyuarat bila ia telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Bendahari dan atau sama ada salah seorang sama ada Setiausaha atau Naib Pengerusi.
  • Membuat Keputusan akhir yang tidak boleh dipertikaikan oleh ahli ataupun AJK.

2. Naib Pengerusi
  • Hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.

3. Setiausaha
  • Hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa.
  • Bertanggungjawab mengendalikan urusan surat-menyurat dan menyimpan semua buku kecuali akaun dan buku-buku keawangan.
  • Bertanggungjawab menyimpan semua maklumat ahli seperti nama, tempat, tarikh lahir,nombor kad pengenalan, nama majikan dan alamat tiap-tiap ahli.
  • Hendaklah hadir didalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.
  • Bertanggungjawab mengirimkan penyata tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh mesyuarat Agung sebagaimana yang dikehendakki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan, 1966.

4. Naib Setiausaha
  • Hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan
memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

5. Bendahari.
  • Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan.Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya.
  • Hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Pengerusi dan atau salah seorang sama ada Setiausaha atau Naib Pengerusi.

Ahli Jawatankuasa
  • Hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan kepadanya

FASAL 11 KEWANGAN

1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam undang-undang wang Pertubuhan ini boleh digunakan dalam perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan termasuk belanja pentadbiran.Walaubagaimanapun wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang di jatuhkan hukuman oleh mahkamah

2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 200.00 (Dua ratus ringgit sahaja) pada sesuatu masa.Wang yang lebih daripada jumlah itu dimestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh jawatan. kuasa.Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama pertubuhan.

3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, semasa ketiadaan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari sebagai pengganti mendandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang pertubuhan.

4 Perbelanjaan yang lebih daripada RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 1000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu . Perbelanjaan yang kurang daripada RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari

5 .Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantikdi bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah
diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.

6. Tahun Kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan Berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.

FASAL 12 PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Dua orang bukannya Pegawai Pertubuhan boleh dilantik di Dalam Mesyuart Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. .Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.

2. Pemereksa kira-kira adalah dikehendaki memereksa kira-kira Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan.Meraka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit kira-kira Pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada jawatankuasa.

FASAL 13 LARANGAN

1. Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib;

3. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba halang atau dengan apa cara juga menggangu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959;

4. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan;

5. “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.


FASAL 14 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

1. Di antara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.

2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.

FASAL 15 PINDAAN UNDANG-UNDANG

Undang-undan gini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung.Permohonan untuk perubahan atau pindana kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari daripada tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.


FASAL 16 PEMBUBARAN

1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan Persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5)daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.

2. Sekiranya pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan diatas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah di jelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.

3. Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubuaran itu.