Isnin, 28 Januari 2013

SEKITAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Hampir 100 orang muslimin dan muslimat hadir pada majlis Maulidur Rasul kali ini. Perarakan bermula sebaik usai sembahyang asar berjemaah. Perarakan dipimpin oleh Ustaz Mohd Awal Mangsoor bermula dari perkarangan surau di Blok B dan C seterusnya menghala ke laluan utama sebelum masuk ke simpang jalan di Blok F, melalui Blok E dan D seterusnya kembali ke perkarangan surau. 

Perarakan dikawal dengan bantuan anggota RELA. Usai berarak, jemaah dihidangkan dengan jamuan ringan. Alhamdulillah, sepanjang perarakkan; cuaca cukup cerah. Perarakan kali ini disertai oleh kalangan kanak-kanak yang ramai. 

Pada sebelah malam pula diadakan ceramah agama seperti selalunya. Penceramah ialah Ybhg Al Fadil Ustaz Tuan Hj. Ahmad Hilal iaitu imam masjid Jamek Jalan Pasar, Seremban. Ceramah disampaikan selepas solat maghrib berjemaah. Ustaz Tn. Hj. Ahmad Hilal kemudian mengimamkan solat isyak. Tetamu terhormat yang hadir pada majlis tersebut ialah Dato' Baharin yang merupakan ketua penerangan UMNO Bahagian Rasah.

Barisan AJK Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 (PPRPSF2) merakam jutaan terima kasih atas kehadiran dan segala bentuk kerjasama dan bantuan yang diberikan sepanjang berlangsungnya majlis. Cikgu Abdul Ghani Mansoor selaku pengerusi PPRPSF2 tidak lupa merakam ucapaan terima kasih kepada NGO-NGO yang terbabit seperti UMNO Cawangan, KRT, SRS, RELA dan COMBI.
My ImageGambar 1
My ImageGambar 2
My ImageGambar 3
My ImageGambar 4
My ImageGambar 5
My ImageGambar 6
My ImageGambar 7
My ImageGambar 8
My ImageGambar 9
My ImageGambar 10
My ImageGambar 11
My ImageGambar 12
My ImageGambar 13

My ImageGambar 14
My ImageGambar 15
My ImageGambar 16
My ImageGambar 17
My ImageGambar 18
My ImageGambar 19
My ImageGambar 20
My ImageGambar 21

My ImageGambar 22

Laporan oleh Setiausaha : En. Tajol Ariffin Hasan