KRONOLOGI






Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 ditubuhkan bukan untuk bersaing dengan beberapa lagi badan NGO sedia ada di kawasan sekitaran tetapi sebagai memberi lebih banyak peluang kepada penduduk untuk mempunyai lebih banyak aktiviti dan sekaligus penduduk juga mempunyai lebih banyak badan pertubuhan yang berfungsi membantu mereka.

Persatuan Penduduk ini sebenarnya telah mula dirancang seawal tahun 2010 tetapi hanya dapat direalisasikan pada tahun 2011. Setahun diperlukan untuk mengko-ordinasikan persatuan ini kerana pihak AJK Penaja mahukan penglibatan semua bangsa yang tinggal di kawasan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Penglibatan semua bangsa ini diletak sebagai keutamaan no 1 Persatuan Penduduk sementelah badan-badan NGO yang ada disekitaran kawasan kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 ini hanya dimonopoli oleh kaum Melayu. Tanpa menyebut nama badan-badan NGO tersebut, jika dilihat hirarki dan carta organisasinya; barisan AJK dan keahliannya hanyalah mewakili satu bangsa.

Justeru untuk permulaan, Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 memasukan dalam barisan AJKnya seorang kaum India dan seorang kaum China sebagai langkah permulaan. Memang sukar mendapatkan kerjasama daripada mereka tetapi satu usaha penerangan akan dilakukan khusus untuk menarik mereka bersama Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.

Banyak aktiviti kemasyarakatan telah dirancang oleh Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, hanya menunggu masa untuk dilaksanakan. Untuk peringkat permulaan, satu kertas kerja telah pun dihantar ke pajabat MB untuk memohon dana bagi menjalankan aktiviti. Satu mesyuarat peringkat AJK juga dirancang untuk berkongsi pandangan dan idea demi memastikan para penduduk mendapat pembelaan sewajarnya dari pihak kerajaan.

Persatuan mahu menjadikan persatuan penduduk ini sebagai salah satu mekanisma kerajaan untuk menyampaikan apa juga maksud kerajaan kepada rakyat dan mengelakan salah faham atau eksploitasi maklumat oleh pihak tidak berwajib.


MAKLUMAT PERSATUAN

Tarikh Penubuhan Rasmi : 01 November, 2011
No Pendaftaran Pertubuhan : 4824-11-NSE
No Rujukan PPM : NSE3674/11
No Rujukan PPP : NSE0198/11
No Sijil : 18623