Khamis, 15 Mei 2014

SURAT RASMI : Mohon Kemudahan Gelanggang Permainan Sepak Takraw dan Peralatannya

PERSATUAN PENDUDUK  RUMAH PANGSA SENAWANG FASA II




Blok D.No. 5, Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, Jalan Senawang-Paroi
70450 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 012-374 8376, 013-6016330, 06-6785054 

 
 Ruj Tuan :
Ruj kami : PPRPS-F2/Pent.Jld 1/04 (34)

YB Dato’ Hj. Hasim bin Rusdi,
Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)
Ketua UMNO Bahagian Rasah
Bangunan UMNO Bahagian Rasah
No. 1758-1759, Tingkat 1 & 2
Taman Rasah Utama
70300 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus.
14hb Mei, 2014

YB Dato’,

Per.      :           Mohon Kemudahan Gelanggang Permainan Sepak Takraw dan Peralatannya.
Sukacita saya merujuk perkara di atas.

2.         Memetik ucapan YB Dato’ dalam majlis perasmian persidangan Umno Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 pada 25hb lalu serta merujuk surat kepada Ketua Pemuda Bahagian (Ruj : (Jld:2)/(16-10/13) UMNO/Caw.RPSF2) bertarikh 10hb Nov, 2013; saya ingin menarik perhatian YB Dato’ agar dapat menilai dan mempertimbangkan dengan saksama permohonan Pergerakan Pemuda Cawangan untuk mendapatkan kemudahan gelanggang permainan Sepak Takraw berserta fasiliti asasnya. Ini untuk kemudahan rekreasi dan mengisi masa lapang anak-anak muda khasnya dan penduduk-penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 amnya. 

3.         Berikut senarai sebutharga bagi penyediaan kemudahan tersebut :

NO
PERKARA
RM
1
Set Jaring/Net
120.00
2
Bola Takraw
50.00
3
Tiang Besi Mudah Alih (Beroda)
1,200.00
4
Cat dan Berus (Untuk membuat garisan gelanggang)
100.00
JUMLAH
1,470.00


4.         Bagi penyediaan mengecat dan mengukur gelanggang, ia akan dilakukan secara kerjasama antara pergerakan Pemuda Umno Cawangan untuk secara tidak langsung mewujudkan semangat kerjasama dalam pergerakan tersebut.

5.         Kerjasama dan sokongan serta bantuan daripada YB Dato’ adalah amat-amat saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian.

Yang benar


Abdul Ghani bin Mansoor PJK
Pengerusi
Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa
(013-6016330)


0 ulasan:

Catat Ulasan