Saya mewakili Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 merakam ucapan takziah kepada keluarga Abdul Rashid kerana kehilangan anak sulungnya, Allahyarhamah adik Nurul Nabila Abdul Rashid yang meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di persimpangan Jelebu. Tragedi tersebut mendapat liputan akhbar Sinar Harian
Surau kariah Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 iaitu surau Infitah Al-Khairiah turut menjadi tempat untuk mengadakan majlis tahlil malam ke 2. Kami semua memanjat doa agar roh Allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang-orang yang mendapat keredhaan Ilahi. Al-Fatehah..amin!
Ahad, 15 April 2012
Rabu, 22 Februari 2012
SENARAI PENERIMA SUMBANGAN SEMPENA MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PEMIMPIN
Berikut senarai penerima sumbangan sempena majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin. Untuk maklumat lanjut, penduduk-penduduk boleh merujuk terus kepada Pengerusi Persatuan Penduduk atau melalui Setiausahanya.
PENERIMA SUMBANGAN UPSR
- Nurul Khairiah Bt. Abd Hadi (5A)
- Nur Syazwani Bt. Abdul Ghani (5A)
- Nur Umaira Bt. Ajis (5A)
- Ayu Nazira Bt. Shafei (5A)
- Muhammad B. Saifuddin (4A 1B)
- Nor Fatin Bt. Adibah Norzaidi
PENERIMA SUMBANGAN PMR
- Mohd Zahiruddin Bin Mohd Saad (6A)
PENERIMA SUMBANGAN IBU TUNGGAL, WARGA EMAS DAN O.K.U
- FATIMAH SHIDZTAMIAH - F - 560817-05-5352
- AZIZAH MAHMUD - E - 540528-05-5518
- SERPIAH SAAD - E - 470603-04-5192
- PUTEH BONGSU - E - 440601-04-5220
- MAZWIAH - E - 681126-05-5338
- R.DIWI SULONG - C - 481130-01-5332
- KARIAH ABAS
- KAMSIAH IDRIS - C - 560223-05-5494
- JUNAIDAH YUSOF - B - 740510-08-5838
- JAMILIAH YUSOF - B - 640820-05-5302
- ROSNAH HJ SALLEH - B - 580428-05-5664
- ZUBAIDAH RASIP A - 700515-05-5308
- NORISAH M.YASIN - D - 500425-05-5068
- SHASHA BAHARIN - B
- SARIPAH NOR AZAM - D - 660625-06-5220
- PARIDAH HAMID C - 580708-05-5452
- JANIAH ABDULLAH - D - 480416-03-5326
- MAH JAAFAR - E - 440703-02-5378
- NOLITA BT CHE LEE - B - 810641-05-5538
- NORJAN BT ISMAIL
- MAIMON - C - 860104-05-5306
- RUGAYAH SAGARAN - E - 580425-01-5050
- NOR AZAH BAHARIN - E - 890930-05-5474
- JAMAAH MOHAMAD - F - 341210-106018
- SARIMAH YUNUS - D - 650578-05-5004
- FADILAH MUSTAPHA - D - 651201-05-5200
- RABAYAH ABU SEMAN - D - 680418-02-5400
- SALMAH AHMAD E - 570721-05-5656
- SAMSUL BAHARI HUSSIN - D - 730724-05-5029
- SUJEET KAUR - A18 - 320629-71-5170
- SARASWATY - F37 - 580626-10-5394
- SITI ROHANI MISKAN - C8 - 670918-01-5170
- LATIPAH - A
- ENON AHMAD - E37
- RAHMAH - C3 - 480403-04-5146
- HATIJAH JANTAN - C12 - 431005-05-5052
- M.ZAHIRUDDIN NEKMAT - C20 - 890505-59-5669
PENERIMA SUMBANGAN BR1M
- Norazley Abu Zarin
- Azmira Mohd yusof
- Yuswadi Zulkifli
- Ranjit@Milkit Sigh
- Mohd Salman Mohd Salleh
- Hee Yuen Toong
- Ngui Kim Loong
- Sujatha Lyappan
- Lau Chwee Hua
- Gan Siok Kun
PENERIMA SUMBANGAN MENTERI BESAR
- Norjan Ismail
- Fadil Mohamed
PEMENANG PERTANDINGAN KARAOKE
Kategori 21 Tahun ke atas :
- En Sapien Majid (Juara)
- En. Madan (Naib Juara)
- En Salman (Tempat ketiga)
Kategori 21 Tahun ke bawah :
- Nur Amalina Abdul Ghani (Juara)
- Sharir Razali (Naib Juara)
- Mohd Shahrizat (Tempat ketiga)
* Sumbangan antaranya disampaikan oleh Dato' Baharin Mohamad (Ketua Penerangan UMNO Bahagian Rasah), En. Yusof Jaafar (Setiausaha UMNO Bahagian Rasah), Pn. Hjh Hapsah Hamid (Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Rasah), En. Helmy Din (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rasah), Pn. Norashikin Abd. Rahman (Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rasah), Cikgu Abdul Ghani (Ketua UMNO Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2/Pengerusi Per. Penduduk RPSF2) dan Pn. Raja Diwi Sulong (Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2).
Label:
Program
Sabtu, 18 Februari 2012
MAJLIS JALINAN MESRA BERSAMA PEMIMPIN
Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dengan kerjasama UMNO Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 akan menganjurkan Majlis Jalinan Mesra Bersama Pemimpin pada 18hb Feb, 2012 bersempena dengan program gotong royong perdana anjuran MPS di 3 kawasan kejiranan iaitu Tmn Sri Mawar 1, Tmn Sri Mawar 2 dan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.
Melalui program tersebut, Persatuan Penduduk dan UMNO Cawangan turut memeriahkan program dengan menganjurkan pertandingan karaoke kategori dewasa (21 tahun ke atas) dan kategori remaja (21 tahun ke bawah) yang menawarkan hadiah wang tunai.
Kepada mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan boleh mendaftar kepada urusetia pada 18hb feb, 2012. Pengumuman pemenang dan hadiah akan disampaikan pada tarikh yang sama sebelah malam. Marilah kita bersama-sama menjalin kerjasama dan perpaduan dalam program ini.
Berikut tentatif program yang diatur,
Gambar sekitar program....Melalui program tersebut, Persatuan Penduduk dan UMNO Cawangan turut memeriahkan program dengan menganjurkan pertandingan karaoke kategori dewasa (21 tahun ke atas) dan kategori remaja (21 tahun ke bawah) yang menawarkan hadiah wang tunai.
Kepada mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan boleh mendaftar kepada urusetia pada 18hb feb, 2012. Pengumuman pemenang dan hadiah akan disampaikan pada tarikh yang sama sebelah malam. Marilah kita bersama-sama menjalin kerjasama dan perpaduan dalam program ini.
Berikut tentatif program yang diatur,
Ø Tarikh : 18hb Feb, 2012
Ø Jam : 8.30 pagi - 10.30 malam
Ø Lokasi : Perkarangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 (Padang sepak takraw)
Ø 8.00 pagi:-
- Senamrobik.
- Gotong Royong.
- Jamuan.
Ø 5.00 petang : Pertandingan Karaoke
Ø 8.00 Malam : Ketibaan para jemputan
Ø 8.30 Malam : Ketibaan tetamu terhormat
Ø 9.00 Malam : Ucapan Aluan Pemimpin Tempatan
Ø 9.10 Malam : Ucapan YB Dato’ Abdul Samad (Bapa Angkat DUN Senawang)
Ø 9.30 Malam : Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Hj. Hasim
Ø 10.00 Malam : Penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal, cenderahati untuk pelajar cemerlang UPSR dan PMR serta hadiah kepada pemenang pertandingan karaoke.
Ø 10.25 Malam : Jamuan
Ø 10.30 Malam : Bersurai
Label:
Program
Isnin, 21 November 2011
TPM MENGOTAKAN JANJINYA
SEKADAR menunggu kira-kira sebulan sahaja semenjak kedatangan TPM YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin. Apa yang YAB katakan semasa ucapannya di hadapan ribuan penduduk yang hadir, telah dikotakan. Kerja-kerja mengecat dan memasang bumbung di Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 sedang giat dijalankan sekarang.
Persatuan Penduduk RPSF2 juga menunggukan respon permintaan 'surat cinta' yang disampaikan pengerusinya kepada YAB tempoh hari. Bukan apa, berdasarkan situasi terkini Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dan keperluan utama penduduknya, permintaan itu dirasakan amat relevan.
Label:
TPM
Sabtu, 5 November 2011
SALAM AIDIL ADHA
BARISAN KEPIMPINAN DAN AJK PERSATUAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2 MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA KEPADA SEMUA PENDUDUK. MOGA KITA SEMUA DAPAT MELIMPAHKAN MAKNA PERPADUAN ANTARA SESAMA KITA. ISNYAALLAH
Label:
Umum
Jumaat, 28 Oktober 2011
SURAT 'CINTA' PERSATUAN PENDUDUK KEPADA TPM
BERIKUT adalah salinan surat cinta yang telah diberikan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk RPSF2, En Abdul Ghani Mansoor kepada YAB TPM lewat kunjungan TPM lalu.
15hb Okt, 2011
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
Y.A.B DATO’ SERI UTAMA TAN SRI HJ. MUHYIDDIN BIN HJ. MOHD YASSIN
Jabatan Perdana Menteri
Aras 4 Blok Barat Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
Tel: +603-8888 1950 Faks: +603-8888 0035
Tel: +603-8888 1950 Faks: +603-8888 0035
Y.A.B Dato’ Seri Utama,
MOHON PERUNTUKAN KHAS TIMBALAN PERDANA MENTERI Y.A.B DATO’ SERI UTAMA TAN SRI HJ. MUHYIDDIN BIN HJ. MOHD YASSIN SEMPENA MAJLIS RAMAH MESRA DAN LAWATAN KE RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2.
Merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan, kami warga penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 ingin menarik perhatian YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Utama Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj. Yassin atas beberapa permohonan agar dapat kiranya dipertimbangkan atas kapasiti peruntukan khas Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Permohonan ini adalah mewakili beberapa badan NGO di Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dan Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 telah diberi mandat untuk menyampaikan hasrat dan harapan ini. Terlebih dahulu kami memohon maaf sekiranya terdapat kekilafan tatacara permohonan ini disampaikan. Antaranya ialah:
2.1 Mohon dapat kiranya didirikan Dewan Serbaguna untuk kemudahan penduduk setempat dan persekitaran Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 bagi menjalankan aktiviti. Lokasi telah dikenal pasti dan bersesuaian dengan tujuan ini.
2.2 Mohon diadakan tapak permainan khas untuk kanak-kanak dan dewasa sebagai tempat riadah penduduk.
2.3 Mohon peruntukan untuk Tabung Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 bagi tujuan merancakkan lagi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan setempat.
2.4 Mohon dibina sengkuap (awning) di depan surau Infitah Al-khairiah.
2.5 Mohon kemudahan kabin (pondok kawalan) ahli-ahli RELA dan SRS yang mengadakan rondaan malam bagi sama-sama membantu menjaga keselamatan penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.
2.6 Peruntukan komputer notebook 1Malaysia khas untuk anak-anak penghuni Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.
2.7 Mewujudkan kemudahan siber kafe dengan kapasiti 10 komputer di bawah seliaan Kawasan Rukun Tetangga dan Surau Infitah Al-Khairiah.
2.8 Penambahbaikan dewan KRT dan dewan Tabika Perpaduan yang terdapat di Rumah Pangsa Senawang Fasa 2
3. Kami mewakili seluruh warga penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dan NGO-NGO-nya mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian Y.A.B melakukan lawatan khusus untuk beramah mesra dengan penduduk. Terima kasih.
Yang benar
Label:
Surat Cinta
Ahad, 16 Oktober 2011
MAJLIS RAMAH MESRA DAN LAWATAN TPM KE RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2
KUNJUNGAN TPM DAN MB NEGERI SEMBILAN ke Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 telah membuka lembaran baru dalam kehidupan setiap penghuninya. Siapa sangka harapan sekadar menjemput Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan untuk meninjau nasib penghuni-penghuni Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 bertukar menjadi aspirasi yang di luar dugaan apabila jemputan tersebut turut disambut oleh orang penting no 2 di Malaysia iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia; YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin. TPM dan MB turut sama membawa beberapa orang barisan exco Negeri. Tentu sekali ini merupakan keterujaan yang amat sangat bagi penduduk-penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 kerana gerombolan orang-orang penting terdiri dari VIP dan VVIP mentsunamikan sekitar kawasan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 pada 15hb Oktober, 2011.
Pada lawatan tersebut, TPM juga sempat menyempurnakan perasmian Surau Infitah Al-Khairiah sambil disaksikan oleh MB Negeri Sembilan. Ini merupakan satu kebanggaan buat ahli kariah Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 kerana buat julung-julung kalinya di Negeri Sembilan, Surau Infitah Al-Khairiah merupakan satu-satunya surau yang dirasmikan oleh orang penting no. 2 di Malaysia itu.
Label:
TPM





