Khamis, 15 Mei 2014

SURAT RASMI : MOHON KEMUDAHAN FUTSAL

PERSATUAN PENDUDUK  RUMAH PANGSA SENAWANG FASA II




Blok D.No. 5, Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, Jalan Senawang-Paroi
70450 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 012-374 8376, 013-6016330, 06-6785054 

 
 Ruj Tuan :
Ruj kami : PPRPS-F2/Pent.Jld 1/04 (33)

YB Dato' Hj. Hasim bin Rusdi,
Ketua UMNO Bahagian Rasah
No. 1758-1759,
Tingkat 1 & 2 Bangunan UMNO Rasah
Taman Rasah Utama
70300 Seremban
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
14hb Mei, 2014

YB Dato'

Per.      :           MOHON KEMUDAHAN FUTSAL
Sukacita saya merujuk perkara di atas.

2.         Memetik ucapan YB Dato’ dalam majlis perasmian persidangan Umno Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 pada 25hb lalu serta merujuk beberapa surat saya kepada Pejabat Daerah Seremban (PPRS-F2/Pent.Ljd 1/12 (13) dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (PPRPS-F2/Pent.Jld 1/12 (12) bertarikh 19hb Mac, 2012 dan 14hb Feb, 2012; saya ingin menarik perhatian YB Dato’ agar dapat menilai dan mempertimbangkan dengan saksama permohonan Persatuan Penduduk yang mewakili seluruh penduduk untuk mendapatkan kemudahan gelanggang futsal. Ini untuk kemudahan rekreasi dan mengisi masa lapang anak-anak muda khasnya dan penduduk-penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 amnya. Kemudahan futsal ini turut dilihat memberi impak positif kepada golongan muda kerana mereka akan dapat meluangkan masa dengan lebih berfaedah melalui aktiviti bersukan. 

3.         Untuk makluman YB Dato’, permohonan mendapatkan kemudahan futsal ini sebenarnya telah dibuat lewat program lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia dulu dalam program Mesra Bersama Rakyat. Persatuan penduduk dengan kerjasama Umno Cawangan telah berganding bahu membuat draf memorandam dan menghantar terus kepada TPM melalui pegawai khasnya.

4.         Saya berharap atas kelebihan YB Dato’ yang lebih mengenali Y.bhg YDP MPS, Dato’ Halim agar YB Dato’ dapat memanjangkan perkara ini kepada YDP secara lebih peribadi.

5.         Beberapa surat jawaban daripada pihak berkenaan telah saya terima dan disertakan di sini sebagai rujukan YB Dato’.


6.         Kerjasama dan sokongan serta bantuan daripada YB Dato’ adalah amat-amat saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.


1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan


Yang benar,



Abdul Ghani bin Mansoor PJK
Pengerusi
Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2
Ketua Umno Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2
(013-6016330)


Rabu, 22 Januari 2014

HARI KELUARGA PERSATUAN PENDUDUK RPSF-2


KALI TERAKHIR PERSATUAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2 menganjurkan Hari Keluarga ialah pada tahun 2010. Ini adalah kali kedua persatuan penduduk menganjurkan hari keluarga. Demi memastikan hari keluarga kali ini dalam badget mampu oleh semua penghuni Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, pihak AJK persatuan telah memilih lokasi yang sama di tempat yang pertama kali persatuan menganjurkan hari keluarga dahulu iaitu di batu 13, Port Dickson - Rumah Rehat Kerajaan Negeri Sembilan. 

Setiap bilik yang boleh dihuni secara selesa oleh peserta ialah seramai 6 orang. Kadar sewa bilik yang ditetapkan ialah sebanyak RM10.00 sahaja bagi 1 kepala. Bermakna setiap bilik disewa serendah RM60.00! Bayaran itu merangkumi makan dan minum bagi 3 hari dan 2 malam. Persatuan penduduk menampung bagi perbelanjaan yang terkurang.

Program hari keluarga ini sepatutnya pembukaannya dibuat oleh YB Mohamad Ghazalie Abdul Wahid, Adun Paroi sementara penutup dibuat oleh YB Dato' Hasim Rusdi, Adun Labu. Bagaimanapun kedua-dua Adun terbabit sibuk dengan tugasan masing-masing. Perasmian akhirnya dibuat oleh wakil Adun Paroi iaitu Ybhg En. Jufri Hasim.

Aktiviti Hari Keluarga Persatuan Penduduk RPSF-2 ialah seperti jadual di bawah.

Jumaat : 17 Jan, 2014
08:00 am - 02:30 pm > Pertandingan memancing
02:30 pm - 03:30 pm > Daftar masuk bilik
05:00 pm - 06:15 pm > Agihan kumpulan sukaneka
06:30 pm - 07:30 pm > Makan minum
08:45 pm - 11:00 pm > Team building

Sabtu : 18 Jan, 2014
09:00 am - 12:00tgh  > Sukaneka/futsal
12:30 pm - 02:30 pm > Makan tengahari/rehat
03:00 pm - 05:30 pm > Sukaneka/futsal
08:00 pm - 08:30 pm > Bicara usahawan (Clixster - Pn. Nurul)
08:30 pm - 11:30 pm > Makan malam/BBQ/Karaoke

Ahad : 19 Jan, 2014
08:00 am - 10:30 am > Penyampaian hadiah/penutup
10:30 am - 11:00 am > Jamuan
11:00 am - 12:00 am > Daftar keluar/kemas bilik
12:00 am - 12:00 pm > Bersuarai



Jumaat, 6 September 2013

RUMAH TERBUKA PERSATUAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2

PERSATUAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2 sekali lagi dengan kerjasama 2 gabungan NGO yang terdapat di kawasan kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 iaitu Surau Infitah Al-Khairiah dan UMNO Cawangan telah menganjurkan majlis rumah terbuka sempena menyambut aidilfitri. Majlis tersebut telah diadakan pada 01hb Sept. Jemputan VIP yang turut serta ialah YB Dato' Hj. Hasim Rusdi dan Ybhg Senator Dato, Najeeb Abdullah. 


Majlis bermula sebaik usai solat isyak berjemaah.  Lebih kurang 100 orang warga penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 telah hadir memeriahkan majlis rumah terbuka tersebut terutama kalangan kanak-kanak. Adalah diharapkan majlis ini akan menjadi pemangkin kepada hubungan lebih erat antara sesama penduduk dan NGO yang kedapatan di kawasan kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Persatuan penduduk merakam ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat juga kepada VIP-VIP yang hadir.

Bagi memeriahkan majlis rumah terbuka, cabutan hadiah berupa 10 hamper dan 5 barangan eletrik telah disampaikan kepada tetamu yang bernasib baik. Turut diadakan sesi karaoke bagi merapatkan silaturahim sesama penduduk.
My ImageGambar 1
My ImageGambar 2
My ImageGambar 3
My ImageGambar 4
My ImageGambar 5
My ImageGambar 6
My ImageGambar 7
My ImageGambar 8
My ImageGambar 9
My ImageGambar 10
My ImageGambar 11

Khamis, 5 September 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAYA

Tanggal 25hb Julai, 2013 lalu, untuk kali ketiga Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dengan kerjasama Surau Infitah Al-Khairiah dan UMNO Cawangan RPSF2 menganjurkan sekali lagi penyampaian sumbangan raya kepada warga muslimin dan muslimah yang layak. Ia merangkumi warga emas, OKU, anak yatim dan ibu tunggal. Sumbangan duit raya kepada anak-anak kecil dan masih bersekolah seperti yang dilakukan pada tahun lepas turut diadakan sekali lagi. 

Majlis berjalan lancar dan mendapat sambutan ramai dari warga Islam Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. InsyaAllah, melalui gabungan 3 buah NGO (Persatuan Penduduk, Surau Infitah Al-Khairiah dan UMNO Cawangan) pihak pentadbiran NGO tersebut akan sentiasa mencari dana untuk disalurkan kepada penduduk-penduduk yang memerlukan. Dengan bantuan dan sokongan daripada Baitulmal dan Pejabat Menteri Besar yang berterusan, kebanyakan program telah dapat direalisasikan dengan jayanya. 

InsyaAllah, pada 01hb September nanti, melalui kerjasama Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dan UMNO Cawangan RPSF2 serta Surau Infitah Al-Khairiah, akan diadakan majlis rumah terbuka sempena aidilfitri. Barisan AJK NGO terbabit mengambil kesempatan menjemput semua warga penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 tanpa mengira bangsa dan agama untuk turut hadir bagi memeriahkan majlis. 

Sebarang pandangan dan cadangan daripada warga penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 untuk menambahbaikan pentadbiran NGO-NGO terbabit, bolehlah dimaklumkan kepada AJKnya atau melalui peti cadangan yang disediakan. 
My ImageGambar 1
My ImageGambar 2
My ImageGambar 3
My ImageGambar 4
My ImageGambar 5
My ImageGambar 6

Laporan oleh Setiausaha : En. Tajol Ariffin Hasan

PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN KEPADA WARGA EMAS DAN IBU TUNGGAL



Satu majlis penyampaian sumbangan ramadhan telah diadakan selepas usai solat sunat tarawikh pada 12hb Julai bersamaan 3 ramadhan. Majlis penyampaian yang boleh dianggap sesi pertama itu (kerana insyaAllah, akan ada lagi majlis serupa pada 25hb Julai ini) menerima tajaan daripada Tuan Hj. Mohamed Hussain bin Yusof, seorang warga Singapura yang telah bermurah hati menderma dalam bentuk wang tunai.

Majlis di pengerusikan oleh En. Abdul Ghani Mansoor iaitu pengerusi Persatuan Penduduk merangkap pengerusi Surau Infitah Al-Khairiah. Dalam ucapan ringkasnya, En. Abdul Ghani merakam setinggi penghargaan kepada Tuan Hj. Mohamed Hussain serta wakilnya di Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 iaitu Hajjah Normah Dollah. Beliau juga akan mengutuskan surat penghargaan kepada Tuan Hj. Mohamed atas sumbangan ikhlas tersebut. Sumbangan disampaikan oleh Hajjah Normah Dollah. Seramai 30 orang penerima sumbangan terdiri dari warga emas dan ibu tunggal.

Berikut senarai penerima sumbangan :

  1. AZIZAH BTE MAHMUD
  2. FARIDAH BTE HJ. HAMID
  3. FATIMAH BINTI SHIDZTAMIAH
  4. JAMILIAH BTE YUSOF
  5. JUNAIDAH BTE MOHD YUSOF
  6. LATIPAH BTE OMAR
  7. MORANA BTE SA'ABAN
  8. NORASIMAH
  9. NORHAIDA BTE ABU HASAN
  10. RAJA DEWI BTE SULONG
  11. RUSNAH BTE SALLEH (KAK WOK)
  12. SERPIAH BTE SA'AD
  13. HJ. RUZALI SAID
  14. SHASAREENA BTE BAHARIN
  15. ZUBAIDAH BINTI RASIP
  16. ROHAYA BINTI AHMAD
  17. NORJAN BINTI ISMAIL
  18. AMY NORFARIZA BINTI RAMLI
  19. NORLI
  20. HAJJAH MAH BTE JAAFAR
  21. KAMSIAH BTE IDRIS
  22. KHAIRIAH BTE HJ ABAS
  23. NORISAH BTE YASIN
  24. PUTEH BTE BONGSU
  25. NORMAH BINTI DOLLAH
  26. NORLIA BINTI MAAZIN
  27. MAIMON
  28. ZAITON BINTI HASAN
  29. RAHIMAH BINTI IBRAHIM
  30. ZAINON





Jumaat, 12 Julai 2013

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

SELURUH BARISAN KEPIMPINAN PERSATUAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2 MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA WARGA PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2

PENGUMUMAN : KERJA-KERJA PENURAPAN JALAN BERMULA 10HB JULAI

PERSATUAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2 telah dimaklumkan oleh Unit Perumahan SUK bahawa kerja-kerja penurapan jalan akan dibuat bermula pada 10hb Julai sehingga dijangka hujung bulan Julai. Sehubungan dengan itu adalah diminta penduduk-penduduk dapat memberikan kerjasama seperti mengalihkan kenderaan ketika kerja-kerja penurapan dijalankan.

Kerjasama daripada warga penduduk rumah pangsa Senawang fasa 2 adalah amat-amat dihargai. Sebarang kemusyiklan boleh merujuk kepada pengerusi persatuan penduduk atau setiausahanya.