Khamis, 5 September 2013

PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN KEPADA WARGA EMAS DAN IBU TUNGGAL



Satu majlis penyampaian sumbangan ramadhan telah diadakan selepas usai solat sunat tarawikh pada 12hb Julai bersamaan 3 ramadhan. Majlis penyampaian yang boleh dianggap sesi pertama itu (kerana insyaAllah, akan ada lagi majlis serupa pada 25hb Julai ini) menerima tajaan daripada Tuan Hj. Mohamed Hussain bin Yusof, seorang warga Singapura yang telah bermurah hati menderma dalam bentuk wang tunai.

Majlis di pengerusikan oleh En. Abdul Ghani Mansoor iaitu pengerusi Persatuan Penduduk merangkap pengerusi Surau Infitah Al-Khairiah. Dalam ucapan ringkasnya, En. Abdul Ghani merakam setinggi penghargaan kepada Tuan Hj. Mohamed Hussain serta wakilnya di Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 iaitu Hajjah Normah Dollah. Beliau juga akan mengutuskan surat penghargaan kepada Tuan Hj. Mohamed atas sumbangan ikhlas tersebut. Sumbangan disampaikan oleh Hajjah Normah Dollah. Seramai 30 orang penerima sumbangan terdiri dari warga emas dan ibu tunggal.

Berikut senarai penerima sumbangan :

  1. AZIZAH BTE MAHMUD
  2. FARIDAH BTE HJ. HAMID
  3. FATIMAH BINTI SHIDZTAMIAH
  4. JAMILIAH BTE YUSOF
  5. JUNAIDAH BTE MOHD YUSOF
  6. LATIPAH BTE OMAR
  7. MORANA BTE SA'ABAN
  8. NORASIMAH
  9. NORHAIDA BTE ABU HASAN
  10. RAJA DEWI BTE SULONG
  11. RUSNAH BTE SALLEH (KAK WOK)
  12. SERPIAH BTE SA'AD
  13. HJ. RUZALI SAID
  14. SHASAREENA BTE BAHARIN
  15. ZUBAIDAH BINTI RASIP
  16. ROHAYA BINTI AHMAD
  17. NORJAN BINTI ISMAIL
  18. AMY NORFARIZA BINTI RAMLI
  19. NORLI
  20. HAJJAH MAH BTE JAAFAR
  21. KAMSIAH BTE IDRIS
  22. KHAIRIAH BTE HJ ABAS
  23. NORISAH BTE YASIN
  24. PUTEH BTE BONGSU
  25. NORMAH BINTI DOLLAH
  26. NORLIA BINTI MAAZIN
  27. MAIMON
  28. ZAITON BINTI HASAN
  29. RAHIMAH BINTI IBRAHIM
  30. ZAINON





Jumaat, 12 Julai 2013

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

SELURUH BARISAN KEPIMPINAN PERSATUAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2 MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA WARGA PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2

PENGUMUMAN : KERJA-KERJA PENURAPAN JALAN BERMULA 10HB JULAI

PERSATUAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2 telah dimaklumkan oleh Unit Perumahan SUK bahawa kerja-kerja penurapan jalan akan dibuat bermula pada 10hb Julai sehingga dijangka hujung bulan Julai. Sehubungan dengan itu adalah diminta penduduk-penduduk dapat memberikan kerjasama seperti mengalihkan kenderaan ketika kerja-kerja penurapan dijalankan.

Kerjasama daripada warga penduduk rumah pangsa Senawang fasa 2 adalah amat-amat dihargai. Sebarang kemusyiklan boleh merujuk kepada pengerusi persatuan penduduk atau setiausahanya.

Rabu, 5 Jun 2013

PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN CERAMAH ISRAK MIKRAJ

PADA 05hb Jun, 2013 bersamaan 26 Rejab, 1434H, dengan jalinan kerjasama daripada surau Infitah Al-Khairiah, persatuan penduduk telah turut sama menyertai majlis ceramah Israk Mikraj dan turut sama menganjurkan majlis penyampaian sumbangan kepada jemaah yang terpilih. 

Ceramah kali ini disampaikan oleh Tuan Hj. Hilal Mohsin. Alhamdulillah, seperti mana majlis-majlis ilmu yang telah pernah dianjurkan oleh pihak pentadbiran surau, ia mendapat sambutan menggalakan terutama dari jemaah kanak-kanak kerana golongan ini begitu teruja untuk mendengarkan kisah-kisah sepanjang nabi menjalani Israk Mikraj. AJK daripada persatuan penduduk dan surau Infitah telah bersama-sama bergotong-royong menyiapkan menu makan pada majlis tersebut.

Sumbangan kepada 2 orang jemaah terpilih disampaikan sendiri oleh penceramah jemputan iaitu Tuan Hj. Hilal. 2 orang jemaah yang terpilih secara kebetulan mewakili kategori warga emas. Untuk makluman, pihak surau akan meneruskan sumbangan ini dengan kerjasama persatuan penduduk pada setiap hujung bulan. Sekurang-kurangnya 2 orang atau lebih akan menerima sumbangan tersebut pada setiap bulan. Kategori penerima ialah :

  1. Warga emas
  2. OKU (Orang Kehilangan Upaya)
  3. Ibu tunggal
  4. Anak yatim


Sumbangan untuk kali pertama ini telah diberikan kepada 2 orang iaitu :

  1. Puan Khairiah Hj. Abas (Blok C14)
  2. Puan Rahmah Ibrahim (Blok C 12)

Isnin, 28 Januari 2013

SEKITAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Hampir 100 orang muslimin dan muslimat hadir pada majlis Maulidur Rasul kali ini. Perarakan bermula sebaik usai sembahyang asar berjemaah. Perarakan dipimpin oleh Ustaz Mohd Awal Mangsoor bermula dari perkarangan surau di Blok B dan C seterusnya menghala ke laluan utama sebelum masuk ke simpang jalan di Blok F, melalui Blok E dan D seterusnya kembali ke perkarangan surau. 

Perarakan dikawal dengan bantuan anggota RELA. Usai berarak, jemaah dihidangkan dengan jamuan ringan. Alhamdulillah, sepanjang perarakkan; cuaca cukup cerah. Perarakan kali ini disertai oleh kalangan kanak-kanak yang ramai. 

Pada sebelah malam pula diadakan ceramah agama seperti selalunya. Penceramah ialah Ybhg Al Fadil Ustaz Tuan Hj. Ahmad Hilal iaitu imam masjid Jamek Jalan Pasar, Seremban. Ceramah disampaikan selepas solat maghrib berjemaah. Ustaz Tn. Hj. Ahmad Hilal kemudian mengimamkan solat isyak. Tetamu terhormat yang hadir pada majlis tersebut ialah Dato' Baharin yang merupakan ketua penerangan UMNO Bahagian Rasah.

Barisan AJK Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 (PPRPSF2) merakam jutaan terima kasih atas kehadiran dan segala bentuk kerjasama dan bantuan yang diberikan sepanjang berlangsungnya majlis. Cikgu Abdul Ghani Mansoor selaku pengerusi PPRPSF2 tidak lupa merakam ucapaan terima kasih kepada NGO-NGO yang terbabit seperti UMNO Cawangan, KRT, SRS, RELA dan COMBI.
My ImageGambar 1
My ImageGambar 2
My ImageGambar 3
My ImageGambar 4
My ImageGambar 5
My ImageGambar 6
My ImageGambar 7
My ImageGambar 8
My ImageGambar 9
My ImageGambar 10
My ImageGambar 11
My ImageGambar 12
My ImageGambar 13

My ImageGambar 14
My ImageGambar 15
My ImageGambar 16
My ImageGambar 17
My ImageGambar 18
My ImageGambar 19
My ImageGambar 20
My ImageGambar 21

My ImageGambar 22

Laporan oleh Setiausaha : En. Tajol Ariffin Hasan

Ahad, 15 April 2012

AL-FATEHAH UNTUK ARWAH ADIK NURUL NABILA ABDUL RASHID

Saya mewakili Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 merakam ucapan takziah kepada keluarga Abdul Rashid kerana kehilangan anak sulungnya, Allahyarhamah adik Nurul Nabila Abdul Rashid yang meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di persimpangan Jelebu. Tragedi tersebut mendapat liputan akhbar Sinar Harian

Surau kariah Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 iaitu surau Infitah Al-Khairiah turut menjadi tempat untuk mengadakan majlis tahlil malam ke 2. Kami semua memanjat doa agar roh Allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang-orang yang mendapat keredhaan Ilahi. Al-Fatehah..amin!

Rabu, 22 Februari 2012

SENARAI PENERIMA SUMBANGAN SEMPENA MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PEMIMPIN

Berikut senarai penerima sumbangan sempena majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin. Untuk maklumat lanjut, penduduk-penduduk boleh merujuk terus kepada Pengerusi Persatuan Penduduk atau melalui Setiausahanya.

PENERIMA SUMBANGAN UPSR 
  1. Nurul Khairiah Bt. Abd Hadi (5A)
  2. Nur Syazwani Bt. Abdul Ghani (5A)
  3. Nur Umaira Bt. Ajis (5A)
  4. Ayu Nazira Bt. Shafei (5A)
  5. Muhammad B. Saifuddin (4A 1B)
  6. Nor Fatin Bt. Adibah Norzaidi

PENERIMA SUMBANGAN PMR
  1. Mohd Zahiruddin Bin Mohd Saad (6A)

PENERIMA SUMBANGAN IBU TUNGGAL, WARGA EMAS DAN O.K.U
  1. FATIMAH SHIDZTAMIAH - F -  560817-05-5352
  2. AZIZAH MAHMUD - E - 540528-05-5518
  3. SERPIAH SAAD - E - 470603-04-5192
  4. PUTEH BONGSU - E - 440601-04-5220
  5. MAZWIAH - E - 681126-05-5338
  6. R.DIWI SULONG - C - 481130-01-5332
  7. KARIAH ABAS
  8. KAMSIAH IDRIS - C - 560223-05-5494
  9. JUNAIDAH YUSOF - B - 740510-08-5838
  10. JAMILIAH YUSOF - B - 640820-05-5302
  11. ROSNAH HJ SALLEH - B - 580428-05-5664
  12. ZUBAIDAH RASIP A - 700515-05-5308
  13. NORISAH M.YASIN - D - 500425-05-5068
  14. SHASHA BAHARIN - B
  15. SARIPAH NOR AZAM - D - 660625-06-5220
  16. PARIDAH HAMID C - 580708-05-5452
  17. JANIAH ABDULLAH - D - 480416-03-5326
  18. MAH JAAFAR - E - 440703-02-5378
  19. NOLITA BT CHE LEE - B - 810641-05-5538
  20. NORJAN BT ISMAIL
  21. MAIMON - C - 860104-05-5306
  22. RUGAYAH SAGARAN - E - 580425-01-5050
  23. NOR AZAH BAHARIN - E - 890930-05-5474
  24. JAMAAH  MOHAMAD - F - 341210-106018
  25. SARIMAH YUNUS - D - 650578-05-5004
  26. FADILAH MUSTAPHA - D -  651201-05-5200
  27. RABAYAH ABU SEMAN - D - 680418-02-5400
  28. SALMAH AHMAD E - 570721-05-5656
  29. SAMSUL BAHARI HUSSIN - D - 730724-05-5029
  30. SUJEET KAUR - A18 - 320629-71-5170
  31. SARASWATY - F37 - 580626-10-5394
  32. SITI ROHANI MISKAN - C8  - 670918-01-5170
  33. LATIPAH - A
  34. ENON AHMAD - E37
  35. RAHMAH - C3 - 480403-04-5146
  36. HATIJAH JANTAN - C12 - 431005-05-5052
  37. M.ZAHIRUDDIN NEKMAT - C20 - 890505-59-5669

PENERIMA SUMBANGAN BR1M
  1. Norazley Abu Zarin
  2. Azmira Mohd yusof
  3. Yuswadi Zulkifli
  4. Ranjit@Milkit Sigh
  5. Mohd Salman Mohd Salleh
  6. Hee Yuen Toong
  7. Ngui Kim Loong
  8. Sujatha Lyappan
  9. Lau Chwee Hua
  10. Gan Siok Kun

PENERIMA SUMBANGAN MENTERI BESAR
  1. Norjan Ismail
  2. Fadil Mohamed

PEMENANG PERTANDINGAN KARAOKE
Kategori 21 Tahun ke atas :
  1. En Sapien Majid (Juara)
  2. En. Madan (Naib Juara)
  3. En Salman (Tempat ketiga)

Kategori 21 Tahun ke bawah :
  1. Nur Amalina Abdul Ghani (Juara)
  2. Sharir Razali (Naib Juara)
  3. Mohd Shahrizat (Tempat ketiga)
* Sumbangan antaranya disampaikan oleh Dato' Baharin Mohamad (Ketua Penerangan UMNO Bahagian Rasah), En. Yusof Jaafar (Setiausaha UMNO Bahagian Rasah), Pn. Hjh Hapsah Hamid (Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Rasah), En. Helmy Din (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rasah), Pn. Norashikin Abd. Rahman (Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rasah), Cikgu Abdul Ghani (Ketua UMNO Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2/Pengerusi Per. Penduduk RPSF2) dan Pn. Raja Diwi Sulong (Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2).