PERSATUAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA II
|
Blok D.No. 5, Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, Jalan
Senawang-Paroi
70450 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 012-374 8376, 013-6016330, 06-6785054
|
Ruj Tuan :
Ruj kami :
PPRPS-F2/Pent.Jld 1/04 (34)
YB Dato’ Hj. Hasim bin Rusdi,
Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)
Ketua UMNO Bahagian Rasah
Bangunan UMNO Bahagian Rasah
No. 1758-1759, Tingkat 1 & 2
Taman Rasah Utama
70300 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus.
14hb Mei, 2014
YB Dato’,
Per. : Mohon Kemudahan Gelanggang Permainan
Sepak Takraw dan Peralatannya.
Sukacita saya merujuk
perkara di atas.
2. Memetik ucapan YB
Dato’ dalam majlis perasmian persidangan Umno Cawangan Rumah Pangsa Senawang
Fasa 2 pada 25hb lalu serta merujuk surat kepada Ketua Pemuda Bahagian (Ruj : (Jld:2)/(16-10/13) UMNO/Caw.RPSF2)
bertarikh 10hb Nov, 2013; saya ingin menarik perhatian YB Dato’ agar dapat
menilai dan mempertimbangkan dengan saksama permohonan Pergerakan Pemuda
Cawangan untuk mendapatkan kemudahan gelanggang permainan Sepak Takraw berserta
fasiliti asasnya. Ini untuk kemudahan rekreasi dan mengisi masa lapang
anak-anak muda khasnya dan penduduk-penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2
amnya.
3. Berikut senarai
sebutharga bagi penyediaan kemudahan tersebut :
NO
|
PERKARA
|
RM
|
1
|
Set
Jaring/Net
|
120.00
|
2
|
Bola
Takraw
|
50.00
|
3
|
Tiang
Besi Mudah Alih (Beroda)
|
1,200.00
|
4
|
Cat
dan Berus (Untuk membuat garisan gelanggang)
|
100.00
|
JUMLAH
|
1,470.00
|
4. Bagi penyediaan
mengecat dan mengukur gelanggang, ia akan dilakukan secara kerjasama antara
pergerakan Pemuda Umno Cawangan untuk secara tidak langsung mewujudkan semangat
kerjasama dalam pergerakan tersebut.
5. Kerjasama dan sokongan
serta bantuan daripada YB Dato’ adalah amat-amat saya hargai dan saya dahulukan
dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang
benar
Abdul Ghani bin Mansoor PJK
Pengerusi
Persatuan Penduduk Rumah Pangsa
Senawang Fasa
(013-6016330)
0 ulasan:
Catat Ulasan