PERSATUAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA II
|
Blok D. No. 5, Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, Jalan
Senawang-Paroi
70450 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 012-374 8376, 013-6016330, 06-6785054 Fax: 06-6774600
|
Ruj Tuan :
Ruj kami :
PPRPS-F2/Pent.Jld 1/05 (32)
YAB DATO’ SERI UTAMA HJ MOHAMAD BIN HJ HASAN
MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN
Tingkat 5, Wisma Negeri
70503 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus.
YAB Dato’ Seri Utama,
hb Mei, 2014
Assalamualaikum.
Per : MOHON DIREZABKAN SEBAGAI
TAPAK PRASARANA BEKAS KOLAM KUMBAHAN MILIK INDAH WATER YANG TELAH
DIKAMBUS/TEBUS GUNA DI RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2.
Dengan hormatnya kami merujuk perkara
di atas.
2. Mesyuarat
persidangan tahunan yang telah diadakan di Rumah Pangsa Senawang Fasa 2
bertarikh 25hb April lalu memutuskan agar bekas kolam kumbahan milik Indah
Water yang tidak lagi beroperasi kerana telah ditebusguna/kambus awal tahun
ini; direzabkan sebagai kawasan atau tapak untuk prasarana yang sesuai seperti
membina taman mini khusus untuk tujuan rekreasi ataupun membina dewan orang
ramai yang lebih besar manfaatnya kepada penduduk.
3. Untuk
makluman YAB Dato’ Seri, kemudahan khusus untuk kegunaan orang ramai di kawasan
kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 ini boleh dikatakan tidak mencukupi
berdasarkan populasi penduduk yang semakin meningkat. Kami juga tidak mempunyai
kemudahan bagi tujuan rekreasi. Menyedari kawasan penempatan kami adalah
berstatus rumah pangsa, maka keluasan untuk tanah bagi tujuan yang dinyatakan
boleh dikatakan terhad atau tiada langsung. Justeru bekas kolam kumbahan yang
ditinggalkan setelah dikambus oleh Indah Water ini adalah merupakan peluang
kepada penduduk untuk merasai sekurang-kurangnya sebuah dewan orang ramai dan
taman mini rekreasi. Hanyalah itu aset yang kami kira mampu untuk
setidak-tidaknya penduduk dapat merasai hidup seperti kawasan penempatan teres
yang biasa dan memiliki dewan serbaguna bagi tujuan-tujuan melaksanakan program
atau majlis berskala besar contohnya majlis perkahwinan.
4. Impian
dan harapan yang mengunung tinggi ini tdak mungkin akan tercapai tanpa bantuan
dan sokongan daripada YAB Dato’ Seri. Kekuatan ekonomi rata-rata penduduk di kejiranan
Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 ini tidak memungkinkan mereka berpindah ke
taman-taman perumahan baru semata-mata untuk merasai segala prasarana yang
dimiliki oleh taman-taman perumahan tersebut.
5. Sebagai
sebuah NGO yang aktif membela nasib penduduk sekitar, Persatuan Penduduk Rumah
Pangsa Senawang Fasa 2 telah turut memanjangkan permohonan ini kepada YB Dato’
Hj. Hasim Rusdi untuk dibincangkan ke dalam mesyuarat exco Negeri. Malah YB
Dato’ Hj. Hasim juga dalam ucapan perasmian persidangan baru-baru ini telah
mengarahkan pengerusi persatuan penduduk agar membuat permohonan khas melalui
surat terus kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.
6. Bersama
surat ini kami sertakan dokumen sokongan untuk rujukan YAB Dato’ Seri.
7. Perhatian
dan sokongan daripada YAB kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan
Yang benar,
Abdul Ghani bin Mansoor PJK
Pengerusi
Persatuan Penduduk Rumah Pangsa
Senawang Fasa 2
(013-6016330 – Pengerusi. 012-3748376 - Setiausaha)
Sk :
- YB Dato’ Hj. Hasim Rusdi
: ADUN Labu, Exco Kerajaan Negeri Sembilan.