Majlis bermula sebaik usai solat isyak berjemaah. Lebih kurang 100 orang warga penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 telah hadir memeriahkan majlis rumah terbuka tersebut terutama kalangan kanak-kanak. Adalah diharapkan majlis ini akan menjadi pemangkin kepada hubungan lebih erat antara sesama penduduk dan NGO yang kedapatan di kawasan kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Persatuan penduduk merakam ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat juga kepada VIP-VIP yang hadir.
Bagi memeriahkan majlis rumah terbuka, cabutan hadiah berupa 10 hamper dan 5 barangan eletrik telah disampaikan kepada tetamu yang bernasib baik. Turut diadakan sesi karaoke bagi merapatkan silaturahim sesama penduduk.
Gambar 1
|
Gambar 2
|
Gambar 3
|
Gambar 4
|
Gambar 5
|
Gambar 6
|
Gambar 7
|
Gambar 8
|
Gambar 9
|
Gambar 10
|
Gambar 11
|