Ahad, 15 April 2012

AL-FATEHAH UNTUK ARWAH ADIK NURUL NABILA ABDUL RASHID

Saya mewakili Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 merakam ucapan takziah kepada keluarga Abdul Rashid kerana kehilangan anak sulungnya, Allahyarhamah adik Nurul Nabila Abdul Rashid yang meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di persimpangan Jelebu. Tragedi tersebut mendapat liputan akhbar Sinar Harian

Surau kariah Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 iaitu surau Infitah Al-Khairiah turut menjadi tempat untuk mengadakan majlis tahlil malam ke 2. Kami semua memanjat doa agar roh Allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang-orang yang mendapat keredhaan Ilahi. Al-Fatehah..amin!